Hari ini Sheena bangun lebih awal daripada yang biasa (lebih awal daripada jam4.00 pagi). Mempersiapkan rumah untuk menerima kedatangan tetamu. Katanya ada rombongan merisik Kayla akan datang pagi ini. Bangun-bangun sahaja, Sheena sudah mulai menyapu dan mengemop lantai, mengelap habuk pada perabot dan setiap celah yang boleh dia capai. Selesai dengan sesi kemas mengemas dia mengalihkan perhatiannya kepada potong memotong bahan-bahan memasak, menyediakan bekas-bekas yang akan diperlukan nanti. Belum sampai jam6.00 pagi, dia sudah berada di luar rumah membasuh kain-kain yang belum dibasuh semalam. Semuanya dia lakukan sendirian tetapi pantas. Cuaca dingin awal pagi tidak dia pedulikan, yang penting apabila Pn.Biba bangun dari tidur nanti semuanya sudah siap dan dia tidak perlu dimarahi lagi.
"Selamat pagi, Sheena. Maafkan uncle sebab tidak terbangun tadi pagi."
En.Martin yang baru bangkit dari tidurnya keluar ke halaman rumah dengan keadaan yang masih kusut masai. Dia menggosok-gosok matanya yang masih pedih dek silau dengan sinaran mentari yang sudah kelihatan di sebalik bukit.
Sheena menggeleng sambil tersengih, semalam sebelum mereka masuk tidur bukan main lagi En.Martin beria-ia mahu bangun awal dan membantu Sheena mengemas rumah tapi hampir-hampir jam7.00 pagi barulah dia muncul. Namun, Sheena faham akan keadaan uncle-nya itu. Dia penat seharian berada di ladang kemarin, matahari sudah terbenam barulah dia balik ke rumah. Sudah semestinya dia kepenatan, lagipun dia bukannya muda lagi untuk mempunyai tenaga seperti dirinya.
"Tidak apa, uncle. Sheena faham...lagipun bukannya banyak sangat pun kerja yang mahu di buat. Sekarang, semuanya sudah pun siap. Uncle tidak payah risau, uncle bersihkan diri dulu, Sheena bancuhkan air kopi panas untuk sarapan pagi. Sarapan sudah terhidang diatas meja, sedia untuk dijamah."
En.Martin menghela nafas berat memandang anak buahnya itu. Hatinya hiba tiba-tiba, mengingatkan adik iparnya yang sudah tiada. Jika dia melihat anak kesayangannya ini dilayan umpama hamba oleh kakaknya sendiri sudah pasti dia akan mengamuk. Apakan daya dia juga tidak mampu untuk membantu, dia sendiri juga terpaksa mengikut telunjuk isterinya. Maafkan saya Edward. Dia berbisik di dalam hati.
Setelah selesai menyapu daun kering di halaman rumah, Sheena merehatkan dirinya di bawah pokok mangga di belakang rumah mereka. Dia memejamkan matanya sambil menghirup udara segar di awal pagi. Penat yang tadi dia rasakan, beransur hilang terhibur dengan kicauan burung yang mulai berterbangan meninggalkan sarang masing-masing untuk mencari rezeki.
"Sheena! Sheena!!"
Lamunan Sheena terhenti apabila namanya diseru berkali-kali dari dalam rumah, bergegas dia bangun dari duduknya sambil berlari anak masuk ke dalan rumah.
Kelihatan Pn.Biba sudah bercekak pinggang di hadapan pintu bilik mandi. Wajahnya merah menahan marah, degupan jantung Sheena menjadi kencang tiba-tiba. Apa yang tidak betul dia lakukan? Dia sudah mengeringkan lantai bilik mandi sekering yang mungkin, menyental dindingnya sebersih mungkin dan juga mengganti pewangi bilik mandi dengan yang baru. Begitu juga dengan tandas, dia sudah menyental mangkuk tandas sekilat yang boleh dan lantainya juga sudah dia bersihkan sebaik mungkin.
"Iya, auntie..."
Sheena berdiri tegak di hadapan Pn.Biba menanti hamburan kata-kata yang bakal dia akan katakan. Dia redha jika dia di herdik dan di maki tapi dia benar-benar berharap yang auntie-nya itu tidak akan memukulnya.
"Awak sengaja nak buat saya naik angin ke awal pagi? Kenapa sabun di bilik mandi bertempiaran tidak tersusun?"
Sheena tertunduk, uncle Martin. Dia mengetap bibirnya, dia tidak tahu kenapa sejak akhir-akhir ini uncle Martin selalu lupa pelbagai perkara. Lupa tutup pili paip selepas menggunakannya, lupa matikan enjin kereta, lupa memadam api selepas memasak dan pelbagai jenis kelupaan lagi.
"Maaf, auntie. Saya mesti terlepas pandang tadi sewaktu membersihkan kamar mandi. Saya kemas sekarang juga."
Cepat-cepat Sheena masuk ke dalam kamar mandi dan mengemaskan barang mandian yang tadi sudah tersusun rapi kini bertaburan kembali. Tidak sampai 5 minit dia keluar kembali setelah puas hati dengan susunannya. Shampoo. Check. Shower's bath. Check. Hair conditioner. Check.
Pn.Biba yang masih berdiri di hadapan pintu kamar mandi, masuk seketika untuk memastikan semuanya seperti yang dia mahukan kemudian keluar tanpa berkata apa-apa menuju ke meja makan. Sheena tersengih di dalam hati, nasib baiklah tidak ada lagi komen darinya. Puas hatilah tue.
"Kejutkan, Kayla. MUA akan datang tidak lama lagi. Dia perlu bersiap sebelum jam9.00 pagi. Supaya tidak tergesa-gesa, mungkin dalam jam10.00pagi, rombongan datang."
Sheena mengangguk akur kemudian berlari anak ke arah bilik Kayla. Mengetuk perlahan pintu gadis tersebut dengan perlahan awalnya tapi semakin kuat apabila tidak kedengaran sebarang tindak balas dari Kayla di dalam bilik.
En.Martin yang sedang bersiap di dalam bilik, keluar menjenggukkan kepalanya di pintu biliknya. Mungkin dia ingatkan Sheena mengetuk biliknya.
Tok!Tok!Tok!
Sekali lagi Sheena mengetuk pintu bilik Kayla dengan lebih kuat. Dia risau kalau dia mengetuk sekali lagi, boleh roboh pintu bilik Kayla dia kerjakan.
"Ya,ya! Saya baru siap mandilah. Nak relax sikit pun tak boleh!"
Kedengaran Kayla membebel di dalam bilik, Sheena yang berpuas hati kerana Kayla sudah mulai bersiap berlalu ke biliknya, giliran dia pula mahu membersihkan diri. Walaupun dia tahu yang dia akan bakal ke ladang kambing melakukan tugasan rutinnya tapi tidak salah jika dia mahu tampil kemas dan harum untuk bertemu Mr.Goat sekalian. Manalah tahu, boleh membuatkan kambing-kambing di ladang bahagia melihatnya.
Langkahnya terhenti, baru dia teringat yang dia belum menghantar pesanan ringkas 'selamat pagi' kepada Adam pagi ini. Dia mencapai telefon bimbitnya dan menaip ringkas pesanan untuk Adam.
Selamat pagi, cinta hati. Semoga hari ini lebih baik daripada hari kemarin.
Sheena tersenyum puas hati, kemudian sengaja lambat-lambat melangkah ke bilik air dengan harapan yang Adam akan membalas teksnya tapi sia-sia. Jangankan dibalas, dibaca juga belum. Mesti dia belum bangun sebab terlalu penat kemarin. Sheena menyenangkan hatinya sendiri. Positif sungguh. Adam telah memaklumkannya bahawa dia sudah mendapat kerja di bandar sebagai jurutera di sebuah syarikat dan sekarang dia agak sibuk dengan pelbagai tugasan lapangan kerana dia ditugaskan sebagai jurutera yang bertanggungjawab untuk pembinaan sebuah bangunan. Sebagai seorang kekasih yang memahami Sheena tidak pernah meragui Adam walaupun hari demi hari lelaki itu seakan semakin jauh dan berbeza dengan Adam yang dia kenal sebelum ini.
Sheena keluar dari dalam biliknya dengan berpakaian lengkap untuk ke ladang, topi jerami setia ditangannya, pelindungnya daripada terik mentari.
"Tak perlulah ke ladang hari ini, Sheena."
En.Martin menegurnya ketika dia ke dapur untuk mengambil botol airnya. Pn.Biba yang masih belum siap bersarapan tidak mempedulikannya, Sheena ada atau tidak ada bukan masalah besar baginya. Malahan tidak memberi sebarang makna.
"Tidak apalah, uncle. Kesian pula Budi dan Dinar bekerja sendirian nanti. At least, kalau saya ke sana boleh juga bantu-bantu mereka." Ujarnya sambil melirik memandang auntie-nya, mungkin berharap yang Pn.Biba akan menahannya. Kalau Pn.Biba yang berkata, dia pasti akan menurut arahannya tapi sia-sia.
"Emm...okaylah tue, awak kat rumah pun bukannya boleh buat apa-apa. Menyemak sahaja." Kasar kata-kata Pn.Biba, En.Martin hanya mampu melirik memandang isterinya itu. Kalau diikutkan hati, dia mahu memarahinya tapi dia tidak berdaya. Dia hanya mampu memarahi di dalam hati sahaja.
Senyum tawar terukir di bibir Sheena, dia sudah biasa dengan semua itu tapi entah kenapa kali ini pedihnya lain sedikit. Mungkin kerana hari ini adalah hari besar Kayla tapi dia tidak dilibatkan bersama. Tidak pernah sekali dia menganggap Kayla atau Pn.Biba sebagai orang luar tetapi dia sentiasa dilayan seperti orang luar sejak dari dahulu sehinggalah kini. Tidak pernah dia merasa dirinya sebahagian daripada keluarga itu walaupun uncle Martin berusaha untuk menghilangkan awkward yang dia rasai.
"Saya pergi dulu, uncle, auntie..."
Tanpa menanti lebih lama, Sheena berlalu meninggalkan En.Martin dan Pn.Biba, dia takut dia akan mengalirkan air mata di hadapan mereka. Dia malu untuk mahu mengakui yang dia terasa hati kerana dia bukan siapa-siapa bagi mereka. Sekadar seorang gekandangan yang menumpang kasih dan berteduh di rumah mereka sahaja. Dia menunggang basikalnya untuk ke ladang, kayuhan kakinya semakin lama semakin laju. Tanpa dia sedari, air matanya mulai jatuh membasahi pipi gebunya. Dia membiarkannya, asalkan tiada siapa yang melihat air mata itu.
Pon!pon!
Sekali lagi, Sheena terjatuh dari basikalnya. Sumpah, selama ini dia tidak pernah jatuh dari basikal tetapi entah mengapa sejak akhir-akhir ini dia malar terjatuh sahaja. Setakat beberapa bulan ini sudah dua kali (termasuk hari ini) basikalnya itu membuatkan dia tercedera.
"Adoi!"
Sheena mengadoi kesakitan sambil memeriksa keadaan dirinya, masih sempurna dan tidak ada anggota badan yang terpisah dari tubuhnya, rasanya tulang-tulangnya juga masih dalam keadaan baik dan tidak patah. Dia menggerakkan kakinya, okay sedikit sakit dan ngilu. Pasti sudah terseliuh atau patah?
Pantas Sheena berdiri dari duduknya dan cuba untuk berdiri, masih boleh. Maknanya tidak ada tulang-tulang yang patah. Hanya terseliuh atau terkehel sahaja. Kemudian dia memandang kereta yang menghonnya tadi, Audi Q3 berwarna hitam. Sudah jauh di hadapan dan bayangnya hilang begitu sahaja. Sungguh tidak berhati perut! Sheena memarahi di dalam hati.
Basikalnya? RIP. Setelah beberapa bulan tanpa basikal, basikalnya baru siap dibaiki minggu lalu. Kini, kembali cedera parah. Sia-sia duitnya RM200 hangus begitu sahaja. Sudahlah bukan senang dia mahu mengumpul wang tersebut, terpaksa berlapar untuk memastikan dia dapat menyimpan sedikit wang hari demi hari. Sekarang apa yang perlu dia lakukan?
Air mata Sheena kembali mengalir dan kali ini lebih laju. Siapa lagi dalam dunia ini yang peduli tentang dirinya? Dia duduk mencangkung sambil memeluk lututnya dan menangis kuat, melepaskan rasa sedih dan geram di dalam hatinya. Mama, papa, kakak, kenapa tinggalkan adik seorang diri? Adik terseksa menghadapi hidup ini seorang diri. Dia mengeluh di dalam hati.
Hampir jam10.00 pagi, barulah Sheena tiba di ladang penternakan milik En.Martin. Matanya sedikit bengkak dan kemerahan kerana menangis sepanjang jalan. Dinar yang melihatnya dari jauh dalam keadaan yang tidak terurus dan menolak basikalnya, berlari anak mendapatkan Sheena.
"Mbak, mbak...loh ngapain kondisi mbak gini sekali? Ada kecelakaan ya di tengah jalan? Mbak ngga apa-apa?"
Wajahnya menunjukkan yang dia risau melihat anak buah bosnya itu.
Sheena hanya menggeleng perlahan sambil duduk di bangku pondok. Penat dan rasa geram meluap-luap di dalam hati. Kalau dia tahu siapa pemilik audi tadi, dia akan maki-maki sampai puas hati (di dalam hati).
"Mbak mau saya bawakan air? Bentar yaa..."
Dinar berlari anak ke pondok pekerja kemudian datang kembali dengan membawa sebotol air.
"Nah.."
Dia menghulurkannya. Sekejap sahaja Sheena menghabiskan sebotol air dengan licin, walaupun matahari belum memancar terik tetapi panasnya boleh tahan juga.
Mata Sheena tertumpu pada sebuah Audi Q3 berwarna hitam yang sedang berparkir berhampiran dengan padang.
"Itu kereta siapa?"
Sheena bertanya sambil matanya tidak berkelip merenung kereta tersebut. Oh, sini rupanya kau pergi! Ingatkan jauh sangat, memandu macam parasit sahaja. Dia mengomel di dalam hati. Kau tunggu, kau tunggu.
"Itu mobilnya tuan Mike, mbak."
Sheena tersengih nakal, Tuan Mike ya. So, sudah tua keparat rupanya tapi masih tidak ada adab. Kau tunggu...
"Ngapain ya mbak?" Dinar bertanya hairan melihat Sheena yang tersengih-sengih memandang kereta tersebut.
"Tidak ada apa-apa, saya okay. Awak boleh sambung kerja awak. Kejap lagi saya akan pergi bersihkan kandang tapi biar saya rehat dulu sekejap."
Sheena mengalihkan pandangannya sambil mengipas-ngipas mukanya menggunakan topi lebarnya, mindanya ligat berfikir apa yang akan dia lakukan selepas ini.
Langkah Mike terhenti seketika, ada sesuatu yang tidak kena dengan keretanya. Dia berjalan mengelilingi kereta kesayangannya itu sambil meneliti setiap inci badan keretanya. Shit. Dia memaki di dalam hati, satu garisan calar yang panjang kelihatan di sebelah kiri badan keretanya, sudah tue bukan alang-alang lagi panjangnya. Dari hujung ke hujung. Siapa yang berani menyentuh kereta kesayangannya itu? Kalau dia tahu siapa, habis orang itu dia kerjakan. Matanya meliar memandang sekeliling, tidak ada siapa-siapa di situ kecuali dirinya. Tidak sampai setengah jam dia tinggalkan keretanya, perkara buruk sudah berlaku.
Tanpa Mike sedari, sepasang mata sedang memerhatikannya di balik dinding kandang.
Senyuman manis terukir di wajah Sheena, dia berpuas hati dapat membalas dendam terhadap lelaki tersebut. Buat jahat dibalas jahat. Dia tertawa di dalam hati.
"Mbak, ngapain di balik dinding? Ngintip siapa?" Dinar bertanya hairan.
Sheena yang tidak sedar akan kehadiran Dinar, pura-pura meraba dinding kandang kononnya sedang mencari sesuatu.
"Banyak lubangkan sini, Dinar. Kita patut tampal supaya nyamuk tidak masuk. Kesian En.Kambing kat dalam, tiada bezanya jika mereka berkeliaran di luar, kan. Silap haribulan, ada juga kambing-kambing di ladang nie yang kena penyakit malaria." Ujar Sheena sambil berlalu pergi tidak mempedulikan Dinar yang terkebil-kebil, masih mengomel sendirian. Risau sungguh dengan kambing-kambing yang bakal menghidap malaria.
Dinar menggaru kepalanya yang tidak gatal, bingung sendiri memikirkan kata-kata Sheena. Nyamuk? Kambing? Malaria? Adakah dia terlalu bodoh atau bagaimana? Kerana dia tidak dapat mencari rasionalnya kata-kata Sheena.