"Ika ! Kau ni dah kenapa ? Dari tadi aku asyik bercakap , kau diam je ... Ika ! Ika ! , " geram lantas menarik buku yang sedang dibaca oleh Ika.
Ika tersentap dengan tindakan Mira . " Aii , ganasnya kau ni . Aku sibuk fokus study ni . Kau dari tadi cerita pasal bomba je tadi . Bosanlah aku ." Ika menarik semula buku yang diambil oleh Mira.
"Ok , sorry ! ," balas Mira lalu membelek notanya .
"Apa yang korang dua memekak ni? Nah , kopi . Memandangkan hari ni aku baik hati , aku tolong buat kopi, " celah sukanya lantas menarik kerusinya untuk memulakan pembelajaran.
Suasana menjadi senyap di dalam kamar belajar .
Tweet! Tweet ! Sms.. (Nada dering handphone Ika berbunyi)
"Opss .. sorry , I lupa nak silent kan handphone , " Ika tersengih seperti kerang busuk .
Ika membaca dan membalas sms dari teman lelakinya .
Ben : Hai , sayang . Buat apa?
Ika : sorry saya study . Kenapa?
Ben: Sayang ... minta pic sexy u ...
Ika : Awak ni kenapa ?
Ben : Tak kan tak boleh . Saya kan bakal suami awak .
Ika menarik nafas panjang membaca sms teman lelakinya dengan perasaan yang tertekan .
Ika : Awak !!! 7 tahun dah kita kenalkan . Tapi semakin lama semakin saya nampak sikap awak . Saya kata tak nak , tak nak lah . Setiap hari kita bergaduh benda yang sama . Pasal ni ja. Tapi bila saya cakap pasal agama melarang kita buat perbuatan yang terkutuk ni , mulalah awak cakap saya ni berlagak alim . Saya tak tahu , kenapa saya bodoh sayangkan awak . Saya perempuan yang ada harga diri .
Ika berasa tertekan . Lalu memutuskan untuk tidak menyambung perbualan sms bersama teman lelakinya.
"Mira , Suka . Saya tidur dululah ," tegur Ika sayu lalu berlalu pergi dan membiarkan nota dam bukunya berhamburan di atas meja .
Dalam bilik yang gelap dan sepi , Ika cuba meraung kesakitan kerana Ben.
Haruskah aku berundur menjalani percintaan ini ? Aku serik. Begini rasanya menjalinkan hubungan yang terlalu lama yang membuatkan lelaki cinta hanya kerna nafsu .
Ika menarik nafas panjang . Seperti biasa malam ini , dia membuka laman we chatnya dan menjadi stalker untuk memantau aktiviti teman lelakinya .