webnovel

Chapter 83

"ABANG, mana handbag saya?" sedari awal dia tersedar. Handbag miliknya, tidak berada di dekatnya. Risau. Macam-macam barang miliknya yang penting yang di simpan dalam begnya itu.

Zafran senyum. "Abang simpan dalam kereta. Nak abang, ambilkan ke? " Dia yang sedang memimpin isterinya itu, turun tangga dari surau pelajar wanita. Mereka beriringan turun ke bangunan di blok baru.

"Aaa.. Biar saya ambil sendiri." teringat kejadian yang di alaminya tadi, bulu rumanya tegak berdiri. Lantas dia,  mengelengnya laju. Meremang dia seketika.

Ulah Zahra, membuatkan Zafran mengulum senyum kecil.

"Takut ke?? "

Memerah wajah Zahra spontan soalan itu ditanya suaminya. Bahkan, mukanya yang mula menampakkan garis wanita berusia itu, semakin menarik di usik oleh Zafran.

"Awak rasa.. " sindir Zahra. Ekor matanya, menjeling si suami. Pengangannya kejap. Jangan dialaminya lagi. Dia tidak mahu. Ianya menakutkan, walaupun dia tahu. Kedatangan wanita yang menjelma sebagai rakannya itu membawa maksud.

"Jom, kita ambil sama-sama."

Zahra mengangguk. Senyum Zafran, membuatkan dia malu sendiri. Pandangannya di kalih ke arah lain. "Telefon saya, mana?"

"Oh, ini."

Zafran mengembalikan semula telefon isterinya itu, yang disimpannya di dalam poket seluar.

Sewaktu isterinya pitam tadi. Nabiela yang memengang barang milik isterinya itu, telah menyerahkan barang isteri kepadanya. Risau dia lupa dan takut pula barang isterinya hilang. Dia letakkan di dalam kereta, kecuali telefon Zahra yang di letakkan di dalam poket seluar.

"Ahh.." telefonnya itu, diletakkan di dalam mode senyap. Risau ada panggilan dari menantunya.

Sebaik dia membuka kekunci telefonnya. Cahaya skrin terus memaparkan, 27 kali panggilan dari anaknya yang tidak berjawab. Keningnya, tergerak sedikit. Terkejut dan risau. "Banyaknya?? "Dia memandang Zafran.

"Cuba call."

Panggilan dibuat. Mereka berhenti seketika, mendengar deringan panggilan. Sebelum panggilannya itu mula berangkat. Anaknga itu sudah menyambut panggilannya.

"Ibu?!! "

Zahra mengangguk dengan senyumannya melebar, perlahan-lahan menghiasi bibirnya. Anak matanya, menjeling ulah suaminya yng berada di sampingnya. "Ya, kenapa call ibu sampai 27 kali."

"Ammar nak tanya ibu. Barang ini milik siapa? "

"Barang apa itu? "

"Barang dalam kotak ini. Ouh,  Ammar hantar gambar. Ibu buka whatsapp."

"Ouh. Okay. Sekejap ya." balas Zahra, mula membuka aplikasi whatsapp. Gambar yang di hantar oleh menantunya, dibuka.

"MasyaAllah!!" gambar yang di hantar oleh Ammar Waziff, di tunjukkan pula kepada Zafran. Bungkusan kuning, seperti tangkal. Riak mukanya juga terkejut. Soalnya spontan. "Mana dapat ini?"

Zahra mengangkat bahunya, tanda dirinya yang tidak tahu. Panggilannya yang tidak di putus lagi, di letakkan di dalam mode 'speaker'.

"Ammar dapat mana? " Zahra menyoal pada menantunya semula.

"Dalam bilik Sofea." jawab Ammar.

Zahra memandang suaminya. "Ammar dah buka ke isi dalamnya? "

"Ya.. Dalamnya ada gulungan rambut."

"Abang! "Zahra mula risau. Tak sangka, anak mereka ada menyimpan barang seperti itu di dalam rumah.

"Ammar, boleh datang ke sini. Ke sekolah."

"Sekolah? " Ammar Waziff menyoal hairan. "Boleh, tapi kenapa di sekolah?"

"Ibu ada bawa ustaz lama yang pernah rawat kami dahulu. Kalau, Ammar boleh datang. Hantar barang itu ke sini."

Ammar Waziff mengangguk. Dia sempat menjeling rakannya. "Baik. Ammar datang ke sana. Ibu send location sekolah."

"Okay. Hati-hati, dah nak sampai. Call ibu balik."

"Okay." panggilan antara mereka, sudah diputuskan.

Zahra meminta suaminya untuk duduk di anak tangga seketika. Patutlah, wanita jelmaan sahabat baiknya itu datang kepadanya. Rupanya, merka ada kaitan antara satu sama lain. "Bang.. "

"Ya. Saya faham."

Tanpa dijelaskan oleh isterinya itu pun,  dia sudah faham akan maksud isterinya. Barang itu, adalah barang untuk pemujaan. "Awak okay, tak? "

Zahra mengangguk. "Okay, cuma terkejut."

...

MEOR menjaga ibunya, semasa yang lain sedang dengan urusannya sendiri. Isterinya,  diminta untuk menjaga ayahnya di rumah. Lagipula, jika berlaku apa-apa di sana tanpa pengetahuan dia. Isterinya ada di sana. Malah, alongnya ada di sana.

"Meor..kan? "

Teguran suara lembut,  seorang lelaki berusia itu membuatkan dia mengangguk dengan senyuman hormat menghiasi bibirnya. "Ustaz,  ada nak apa-apa? "

Ustaz Yusof mengeleng. Senyuman lembutnya, nampak semakin ketara pada rias wajah bekas pengajar di sekolah itu. "Maaf..ganggu kamu sahaja."

Lelaki muda itu mengeleng pantas. Kerusi plastik yang berdekatan itu, di berikan pada bekas pengajar itu sebelum dia menjawab dengan penafian yang berkali-kali. Walaupun agak janggal, namun dia tetap melayan ustaz ibunya.

"Kamu pun, macam terkena gangguan. Betul ke? "

"Hah?  Ahh, ya"

Ustaz Yusof mengangguk perlahan. Dari pandangannya, dia nampak ada tanda-tanya gangguan yang di lihat pada lelaki muda itu.

"Dah pergi berubat? "

"Tidak.."

"Jangan biarkan. Nanti, dia akan ganggu rumahtangga kamu."

Dahinya berkerut. Ustaz Yusof yang berada di hadapannya, seakan tahu sesuatu yang dia tidak tahu. Mustahil, ustaz ini ahli nujum.

Ustaz Yusof, senyum kecil. "Saya bukan ahli nujum."

Membulat anak matanya. Apa yang terlintas di benaknya, dapat di teka oleh ustaz dengan tepat.

"Saya nampak, lingkaran mata kamu gelap dan wajah kamu tak berseri saat berjumpa dengan isteri kamu kelmarin. Ada masalah ke? "

Meor malu sendiri. "Ya.. Ada masalah sedikit."

"Kadang-kadang takut menyakit 'ain'. Tapi, ustaz nampak muka kamu tak sihat. Itu yang ustaz tanya, jika kamu ada gangguan."

Meor terangguk-angguk saat mendengar nasihat dari Ustaz Yusof.

"Semuanya, selepas anak saya hilang."

Entah mengapa, dia mahu menceritakan kejadian anaknya hilang kepada Ustaz Yusof. Pergaduhan dia dengan isterinya, semakin ketara apabila jejak anaknya masih tak dapat di jumpai hingga kini. Dia tidak mahu percaya media dan khabar dari berita kerana, jasad anaknya masih tak dijumpai.

Detik hatinya yakin. Anaknya masih hidup.

"Inna lillah wainna ilahi rajiun."

Mereka dia seketika.

"Kamu pernah buat solat hajat? " tanya ustaz.

Mendengar pertanyaan Ustaz Yusof, Meor mengeleng.

"Kalau kamu ada masa, mintalah pada Allah. Dia Maha tahu perkara yang tersembunyi, yang kita tak tahu. Yakinlah pada Dia dan minta sungguh-sungguh."

Meor masih diam.

Dia bukanlah lelaki yang tinggalkan solat. Cuma, sangat culas pada ibadat itu terutamanya waktu subuh. Apabila, anaknya hilang. Dia lupa nak minta pada pemilikNya.

"Saya tahu, kamu mungkin rasa saya cenggei*." Duga Ustaz Yusof, membetulkan duduknya. Peha dan kakinya terasa lenguh kerana duduk yang terlalu lama.

"Tak! Saya tak rasa ustaz macam itupun. Cuma, teguran ustaz buat saya sedar. Saya culas dalam ibadat saya. Bila jadi bergini, saya masih lupa nak minta bantuan dia."

Roman air muka Ustaz Yusof tenang. "Allah itu Maha Belas Ihsan. Andai kamu lupa sekarang. Tak mengapa, sekarang kamu dah ingat. Kamu boleh tebus dosa-dosa kamu sekarang. Kerana Allah sangat suka hambanya yang bertaubat."

Bergenang air matanya, sehingga Meor memalingkan wajahnya.

"Terima kasih ustaz."

Ustaz Yusof sekadar tersenyum memandang anak muda yang berada di samping ibunya. "Saya juga manusia. Jangan berterima kasih pada saya. Berterima kasihlah pada Allah. Dia yang beri kamu, hidayah. "

Meor mengangguk. Matanya yang basah, dikesat dengan jarinya.

Ya.., hidayah itu milik Allah. Kita juga milik Allah. Semua di atas muka bumi ini milik Allah dan akan kembali pada Allah jua.

Bersambung...

下一章