DI MASA KINI-AVIENNA dan Danish sudah masuk ke dalam rumah keluarga Hanis. Sekiranya, diperhatikan dua bersaudara kembar yang berada di dalam perut kereta. Mereka dapat mengagak tindakan orang tua Hanis yang suka memuliakan tetamu. Mereka, sangat baik pada tetamu. Antara didikkan ibu bapa Hanis Syaurah yang diwarisi oleh anak perempuannya itu.
Sisi perangai Avienna yang kurang dikenali oleh Sofea, membuatkan wanita itu mula bersikap ingin mengambil tahu. Sejujurnya dia akui, kakak kembarnya itu seorang yang ambivert. Mudah bergaul dengan sesiapa sahaja, dan adakalanya suka menyendiri. Perwatakkan yang sederhana. Ianya berbeza personaliti dengannya yang introvert iaitu, lebih terdorong untuk menyendiri dan jika ada rakan. Ianyalah hanya mempunyai beberapa kenalan terdekat sahaja. "Kak...mana kau kenal Avienna?"
Sejak dari pertemuan pertamanya, Avienna seperti orang kepercayaan kakaknya hingga apa keputusan kakak kembarnya itu, Avienna sebulat hati, bersetuju. Apakah, Avienna mempunyai hutang dengan saudara kembarnya?
"Waktu kita berpisah dahulu..kamu ingat tak?"
"Masa kita lari, dulu?"
Ainaa mengangguk. Matanya tak lepas, dari memerhati rumah keluarga Hanis. Melihat, kalau-kalau Avienna dan Danish sudah keluar dari rumah tersebut.
"Apa yang jadi?" Nyata, Sofea lebih gemar untuk mengetahui identiti wanita berbangsa India dari memerhati dua wakil yang dihantar mereka untuk mengetahui alamat rumah Hanis Syaurah.
"Vienna selamatkan akak, dari babi hutan."
"Babi?!!"
"Ya....Alhamdulillah. Dia salah seorang pendaki, nampak. Mujur, ramai yang tak kenal identiti akak kecuali Avienna."
Sofea mengumam lega. Walaupun, ianya kedengaran agak kelakar. Tapi, babi hutan bukan spesis babi biasa yang dijual di kedai non-halal. Ianya liar, dan kemungkinan membunuh. Bahkan, jika binatang haram itu kelaparan.
"Tapi...takkan, sampai ke sini dia sanggup tolong akak." Situasi kakaknya yang hampir, dicederakan oleh binatang liar mungkin satu sebab mereka boleh bertemu. Tetapi, ianya mustahil hubungan mereka boleh serapat itu.
"Kakak..tak boleh beritahu."
Ada satu rahsia yang Ainaa dan Avienna pengang. Ianya satu rahsia antara mereka berdua sahaja yang tahu. Dan disebabkan itu, Avienna rela hati membantu Ainaa sehingga dia selesai membersihkan namanya dan nama adiknya.
"Dik"
Sofea memandang.
"Andai kata.., disini sahaja tamatnya riwayat akak. Tolong tunaikan permintaan Avienna."
Sofea diam. Sedikit curiga dengan rahsia yang dimaklumkan oleh kakaknya sehingga kakaknya mewasiatkan sesuatu amanat padanya. Jika dulu, mungkin dia memarahi kakak kembarnya. Tetapi, situasi mereka tidak memberikan dia pilihan.
"Dan...di dalam laci meja di bilik akak. Ada buku diary. Berikan pada umi." tambahnya sebelum masing-masing mengunci percakapan.
Sofea tidak bersuara, walau hatinya merasa sebak. Dia akui dan faham. Apabila dia diminta untuk tunaikan permintaan kakaknya. Dia tahu, kakaknya sudah membuat persiapan. Dalam sekelip mata, semua perkara yang tidak di sangka, mungkin boleh berlaku atau sebaliknya. Tiada siapa yang tahu, kecuali Allah.
Sejak perpisahan mereka, dan akhirnya mereka berdua bertemu semula. Kakaknya itu, tampak berbeza. Ada kalanya, seperti harimau yang sedang berjaga-jaga. Ada kalanya, seperti kura-kura yang bersembunyi tanpa suara. Kenapa dan mengapa, kakaknya itu berubah. Dia tidak tahu. Dan..., dia juga sudah berbeza jika dibandingkan dengan wataknya dahulu.
Selang beberapa waktu. Kelibat Danish, dan Avienna sudah keluar dari rumah keluarga Hanis. Ainaa menanti, rakannya itu masuk ke dalam kereta dan membuka mulut.
Sebaik tiba, Danish mengambil tempat pemanduan manakala, Avienna duduk di bahagian tempat duduk belakang.
"Alamat Hanis, ada pada Danish. Dan, dia tahu lokasinya."
Unjuk Avienna pada Danish, seraya lelaki itu mengangguk.
Mendengar ujaran Avienna. Ainaa mula merasa lega. Lagipula, dia sememangnya tidak mahu memaksa. Andai kata orang tua Hanis, tidak mahu beritahu. Dia akan cuba dengan cara yang lain.
"Macam mana keadaan Hanis? Ada keluarganya beritahu?" Soal Ainaa.
Jika soalan yang ingin ditanya olehnya, bukan tentang alamat atau tempat tinggal sahabat baiknya itu. Apa yang ingin dia tahu, adalah keselamatannya. Dia mahu, Hanis Syaurah berada dalam keadaan selamat.
"Baik sahaja. Dah kawin dan dah ada anak seorang." Jawab Danish. Sebelum mereka masuk ke dalam rumah keluarga Hanis.
Sememangnya, mereka sudah membincangkan soalan Ainaa sebelum menemui keluarga Hanis. Jadi, dia faham dengan soalan Ainaa yang risau tentang keselamatan sahabatnya. Dari air muka Ainaa, ianya nampak jelas dan ketara tentang bagaimana ikatan persahabatan mereka yang kuat.
Dan, sejujurnya. Ini adalah pertama kali, Danish dapat melihat riak risau di wajah Ainaa. Satu watak yang dia tidak menjangkakakan.
Ainaa berulah lega. Gugur segala kerisauan pada hatinya. Dia yang berada di tempat duduk sebelah pemandu, mendiamkan diri. Tak berapa lama ketika, dia menutup kedua matanya.
...
HANIS SYAURAH tergamam seketika dalam keadaan dia yang sedang berdiri di muka pintu rumahnya. Susuk seorang wanita yang, sudah hilang seri wajahnya. Badannya, kelihatan semakin mengecil dengan kedua belah matanya sembab. Rambut hitam lurus yang pernah dibiarkan panjang separas pinggang sudah pendek bawah anak telinga.
Namun, dari rias wajah yang kelihatan berbeza itu sentiasa tersemat dalam doanya, terlalu sukar untuk diluputkan dari lafaz bibirnya itu terus dikenalinya dengan sekali pandang.
Kelopak matanya yang basah dengan air mata. Akhirnya gugur, melepaskan tangis. Tak tertahan-tahan gelora jiwanya.
"Ainaa!!" Dirangkul tubuh kecil yang mulai susut berat badannya. Seluruh dadanya seakan padat dengan rindu dan tangis yang dipendam lama. "Allahu...Ainaa!!" ujarnya, tak henti.
Ainaa yang dipeluk oleh sahabatnya itu, membalas semula pelukkan sahabatnya dengan pelukkan erat. Pertama kali, air matanya tumpah bersama tangisan sahabatnya setelah kejadian nyawanya hampir diragut saat ketika dia dan saudara kembarnya itu memutuskan untuk berpisah.
"Apa dah jadi, yang!!" soal Hanis, dalam tangisan yang tak henti. Panggilan 'sayang' selalu digunakan saat dia memanggil sahabatnya itu.
Ainaa mengeleng, tidak menjawab dan tidak menyatakan jawapan. Tangisannya melebat, bahkan segala perasaan yang berbuku jua menghambat. Kemampuannya, yang hanya dia lakukan kini, adalah melepaskan tangisan yang memberatkan jiwanya.
Mereka yang sedari awal memerhati dua sahabat yang saling berpelukkan dalam tangisan, memaling ke arah lain. Sedikit sebanyak, mereka bersimpati pada Ainaa.
Bukan sahaja berpisah dengan sahabat baiknya, malah dia terpaksa menjauhkan diri dari ibunya sendiri dan dapat memerhati adiknya dari jauh. Cuma kali ini, wanita itu sudah meletakkan tekadnya.
Danish memandang Avienna, dan mengisyarat pada gadis berbangsa India itu untuk mengikutinya keluar dari melihat drama air mata. Lagipun, dia tidak mahu menganggu Ainaa dan sahabatnya itu. Masing-masing ada perkara yang perlu di selesaikan. Alamat Rafael, sudah di dapatkan oleh rakan baiknya yang melihatnya tidak sengaja di belakang pasar tani, di kawasan Taiping.
Kawasan yang padat dengan perniagaan dari bangsa bermata sepet, merupakan bangsa yang pertama mempelopori ekonomi peruncitan. Namun, bangsa berkulit sawo matang tak terkalah jua dalam dunia perniagaan apabila sama-sama bersaing mengusai bidang ekonomi stabil. Serta bangsa yang mempunyai lidah yang serba berkebolehan tak ketinggalan dalam fasa sama yang juga merebut peluang dalam bidang ekonomi perniagaan.
Kini, pekan utama Taiping, sesak dengan pelbagai aktiviti dan kenderaan sehingga jalan-jalan di kota itu kian bertambah dan berserakkan hatta mendatangkan keliru pada mata yang tak biasa.
"Bila nak pergi?"
Danish menjeling ke arah Ainaa. Wanita itu, mempamerkan pesona baru.
"Kita perlu gerak, mungkin dalam dua hari."
Avienna mengangguk. Merancang itu lebih baik dari melakukan sesuatu yang tidak kepastian.
"Baik."
Bersambung..