MASA KINI- Gangguan dari makhluk halus yang di alaminya sejak akhir-akhir ini, semakin kuat menganggunya hingga dia selalu merasakan dirinya terganggu dan hilang fokus. Ada sahaja yang muncul di rumah sewaktu dia bersama ibu bapanya atau dia sedang bersendiri. Gangguan ini berlaku sejak ibu bapanya datang dan duduk bersamanya, walaupun ianya hanyalah untuk sementara sahaja. Itupun, kerana isterinya pulang ke kampung.
Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena, dan dia mengagak ianya mempunyai kaitan dengan ibunya. Kerana, sejak akhir-akhir ini dia kerap melihat kelibat itu sering berubah menjadi ibunya hingga kadang kala. Dia akui, bahawa dia merasa sukar untuk mendekatinya ibunya sendiri.
Jika ditanya oleh ibunya, atau ibunya itu cuba mendekatinya. Dia sendiri terpaksa mencipta pelbagai alasan dan cara yang terbaik agar ibunya tidak terasa dengan sikapnya.
Hakikat yang pasti, gangguan itu memberikan dia tekanan.
Dia perlu mencari jawapan, dari ibu kepada dua saudara kembar itu. Selagi dia berdiam diri, selagi itu dia tidak dapat menemukan jawapan. Kali ini, dia perlu buat sesuatu. Dia harus berjumpa dengan Puan Zahrah.
Jalan raya di kota raya, mulai sibuk di awal pagi namun, ianya tak menghalang Meor untuk memandu kereta, meredah lautan kenderaan awal pagi yang menyunsur bergerak ke Negeri Perak.
Dia mahu pergi ke kampung halaman Puan Zahrah sebagai satu-satu jalan untuk mendapatkan jawapannya.
Dia pasti! Jawapannya ada pada Puan Zahrah.
Dia perlu dapatkan jawapannya.
....
Ainaa menjeling sekilas di cermin pandang belakang. Danish sudah lena di belakang, dan sedang bersandar di pintu kereta dalam keadaan lengan bersilang memeluk tubuhnya. Sofea pula, memandang ke luar tingkap seperti memikirkan sesuatu.
"Vienn..aku rasa, kita patut cari Zafran." Ainaa membetulkan tempat duduknya. Nada suaranya seakan membisik. Anak matanya memandang Avienna yang sedang tekun memandu. Dia tahu, rakannya itu sengaja mengantikannya sejak dari waktu dia cuba melanggar kawan Danish.
Avienna tidak membalas. Sofea yang mendengar, juga diam. Ainaa tidak bercakap panjang atau meleret-leret. Baginya, kawannya itu sudah faham apa yang dia sampaikan. `Kita perlu berpatah balik semula ke Perak.` Adalah perkara yang dia maksudkan
"Zafran..pak cik aku?" Danish yang disangka lena, di bahagian penumpang belakang tiba-tiba bangun dan menyampuk. Dia yang sebenarnya, hanyalah melelapkan matanya secara tidak sengaja mendengar percakapan Ainaa. Mengapa bapa saudaranya itu terlibat.
Di mula beremosi. Suaranya juga, kedengaran agak kasar.
Mendengar percakapan Ainaa yang memanggil bapa saudaranya, dengan panggilan nama sahaja di anggap kurang adab.
Dan wanita itu pula, dianggap gila dan tidak waras apabila cuba melanggar sahabat baiknya itu, membuatkan dia sukar untuk percaya. Segala percakapan perempuan itu, sentiasa diragui.
Sofea tidak berkata apa. Tidak menerangkan dan tidak berminat untuk mengambil tahu. Sememangnya, dia tahu, apa yang kakaknya ingin buat. Avienna juga diam, seperti biasa. Sekadar memerhati Danish, yang mencelah tanpa tahu apa-apa akan tindakkan Ainaa sejak dari awal. Kelibat lelaki itu, sesekali dijeling dari dalam cermin pandang belakang.
Ainaa menoleh ke belakang, dan mengerling dengan pandangan tajam. "Ya. Pak cik kau!"
"Kau nak buat apa dengan pak cik aku." Tanya Danish, dengan soalan kasar seakan-akan tidak puas hati dengan setiap tidakkan Ainaa lakukan. Walaupun, Ainaa sendiri yang membiarkan lelaki itu tanpa tali atau diikat.
Apa yang ingin dilakukan oleh wanita ini pada pak ciknya. Raut muka Danish tidak senang. Tambahan, baginya Wanita ini mungkin berniat untuk membunuhnya dan membunuh bapa saudaranya itu.
"Apa kau nak buat?!"
Sofea mengeluh. Dia malas nak bercakap banyak. Dia menyandar dan kedua matanya ditutup perlahan. Danish memandang Sofea yang berada di sisinya. Riaksi Sofea, yang tidak ambil peduli membuatkan hatinya merungut kesal. Adakah, dia merasa berbaloi membantu Sofea, Ketika Wanita itu dahulu dalam kesusahan?!
"Bagi!! Alamat pak cik kau." Marah Ainaa dengan arahan yang satu persatu. Suaranya, dalam dan mendatar. Namun, kedengaran mengerunkan. Mereka tahu, perangai Ainaa. Apabila Wanita ini marah. Suaranya semakin perlahan, dan berujar satu persatu dengan suara yang agak dalam.
Danish merengus marah. "Tak mahu!!"
Segerun mana, wanita ini mengugutnya. Dia mahu lihat..
Laci dashboad kereta yang dibuka oleh Ainaa, telah ditutup oleh Avienna secara spontan. Avienna yang sedang memandu, telah berdehem perlahan. Dia memberi isyarat pada Sofea agar mengingatkan lelaki yang berlagak untuk bersikap keras, untuk mengikut arahan sebelum Ainaa bertindak melulu.
Tindakan Ainaa, sukar diramal. Ada masa, ianya boleh difahami.
"Bagi sahaja. Bukannya nak bunuh pak cik kau pun!" Sofea menyampuk. Dia masih tidak bergerak di tempatnya. Malah, matanya masih tertutup rapat.
Menyirap darah Danish. Dia nampak sesuatu benda berkilau di dalam laci, sebelum laci itu ditutup oleh gadis berbangsa india, di hadapannya.
"Bagi!" Ainaa mulai meninggikan suara. Jelingannya tajam.
Zafran..
Ainaa tak sangka. Dia tak sangka yang dia akan berjumpa semula dengan lelaki itu. Lelaki yang dia tidak mahu lagi berjumpa sejak kejadian itu. Gengaman buku limanya bergetar. Jika tidak kerana situasinya yang tidak mengizinkan dia untuk bertemu dengan ibunya secara bersemuka. Dia perlu menemui lelaki ini. Lelaki yang tahu serba serbi tentang ibu dan kisah silam ibunya. Jika dia mahu, jawapan. Dia perlu berjumpa dengan lelaki ini.
"Kak.." Sofea memanggil. Ainaa pandang dari cermin pandang belakang, memandang adiknya. Isyarat ringkas, bahawa dia mendengar panggilan adiknya.
"Kenapa kau tak suka, Ustaz Rafael." soal Sofea. Lama juga dia memikirkan, untuk tanya atau tidak. Perasaan ingin tahunya, mendesak dia untuk bertanya. "Adakah sebab, kawan Zafran yang jaga." tanya Sofea.
Ainaa memejamkan matanya sekejap sebelum melihat ke arah cermin yang memantulkan dua kelibat yang duduk di belakang. Perasaan marah, merangkul dadanya. Wajah Danish, berubah apabila nama Rafael pula yang muncul di bibir kembarannya. Avienna seakan mengerti, langsung mencari kawasan hentian yang berdekatan.
Jika mereka mahu, memperoleh alamat dengan mudah. Danish perlu tahu cerita mereka dari awal. Mahu percaya, itu terserah pada lelaki itu. Tapi, selagi lelaki itu tidak tahu. Selagi itu, mereka akan tergantung-gantung tanpa jalan penyelesaian. Ainaa juga perlu, diberikan rehat dan masa. Sejak beberapa hari mereka berjaya menemui Sofea. Sejak itu, Ainaa sukar untuk tidur dengan lena.
Soalan Sofea, dibiarkan tergantung. Ainaa tahu, Danish juga menanti jawapan daripadanya. Lelaki itu, seakan nekad untuk tidak memberikan alamat bapa saudaranya.
Avienna, memutarkan stereng dan mula membelok ke kiri memasuki selekoh jalan. Dia memandu ke kawasan stesen minyak yang berhampiran apabila Ainaa juga bersetuju untuk berhenti buat seketika. Sebaik dia berhenti di kawasan yang agak jauh dari stesen minyak, Ainaa pula membuka pintu kereta. Dia mengunjur kaki keluar, sambil badannya menghadap luar kereta. Sesekali, dia mengalihkan kepalanya, ke belakang ke arah tempat duduk penumpang belakang.
Dari sisi wajah Ainaa, seperti ada banyak perkara yang telah dirahsiakan. Walaupun, raut muka Ainaa dan Sofea seiras. Wajah kakak kembarnya itu, penuh dengan rahsia yang tersembunyi seperti ada beban yang terpaksa ditanggungnya seorang diri. Air mukanya keruh, dan tiada seri.
Ainaa tidak mahu membuka rahsia yang selama ini disimpan dari pengetahuan keluarganya. Kerana, dia perlu selesaikan perkara ini, secepat mungkin, dan dalam pada masa yang sama. Dia mengharap, penjelasan ini memudahkan dia untuk mencari semula lelaki bernama Ingatan itu meraih kenangan lama.
"Dia pernah nak sihir kau, dik" Ainaa memulakan dialog percakapan yang pertama. Dia merenung Sofea. Reaksi adiknya, berubah.
Mata Sofea membulat dengan membalas kembarnya. Dahinya yang licin, berkerut. Agak pernasaran. Danish yang berada di situ dan mendengar ujahan kata dari Ainaa, terus melenting. Tuduhan Ainaa, dianggap tuduhan yang semberono.
"Jangan nak tuduh!" Marah Danish.
Ainaa meraup rambut hadapannya. Rimas dengan sikap Danish yang sememangnya tidak sebulu dengan dia. Ainaa mengerling Avienna, lantas dia mencapai dashboard kereta dan membukanya. Di dalamnya, ada tersimpan kotak hitam kecil, dan sebilah pisau. Lalu diambilnya kotak tersebut dan dibukakannya dihadapan adik kembarnya. Ada plastik, dan di dalamnya ada abu hitam dan cebisan kain yang berwarna kelam serta sebentuk batu kecil berwarna merah jambu.
"Ini..aku bakar. Dia cuba simpan di bawah"
"Mana bukti!!" Danish mencelah.
"Diam, Danish!!" Sofea marah. Danish yang mencelah, dan asyik menidakkan kata kakaknya, membuatkan dia rimas. "Kalau kau nak blah! Blah sekarang!" tambahnya, dengan wajah berang. Dia perlu dengar semua penjelasan kakaknya. Banyak perkara yang dia tidak tahu. Apabila kakaknya ingin menjelaskan semua perkara. Dia perlu dengar.
Kotak dan abu, di ambil dari tangan Avienna. "Ini, yang Rafael buat?" soalnya. Batu kecil merah jambu, di letak di atas tangan.
Danish tidak beranjak. Dengan tangannya berpeluk tubuh, dia mengintai dari sisi Sofea. Batu kecil merah jambu…Berderau hati Danish. Batu itu…dia kenalinya hanya dengan sekali pandang.
"Ya..dia cuba sihir kau. Dan.., cebisan kertas ini ada gambar Zafran dengan novel Ainaa Sofea."
Sofea memandang kakaknya.
Ainaa mengangguk. "Hanya dengan ini, kita akan dapat semua jawapan." Novel yang meletakkan nama mereka berdua sebagai tajuk cerita, menceritakan babak-babak yang hampir mirip dengan jalan kisah hidup mereka. Namun, cerita novel berisiri itu masih mempunyai jalan cerita yang tergantung.
Jika dia mahu jawapan. Dia perlu bertemu dengan Zafran!
Bersambung...