webnovel

Chapter 43

Tahun 1989- Zaman lalu di Sekolah menengah Yahyawiah.

BEBERAPA pelajar lelaki, yang masih diselubungi kepenatan sudah berkumpul dan mengelilingi si gadis yang sudah rebah di atas tanah. Manakala, Zafran tiba, mulai datang dengan larian yang bergerak perlahan beransur-ansur mengatur langkah menghampiri kumpulan kecil yang bertingkah agak kecoh dan bising.

Keadaan yang sedikit riuh, sepi buat seketika tatkala Zafran tiba menghampiri mereka. Hanya terdengar beberapa bisikkan halus, yang mencuri hujung pendengarannya. Zafran buat tidak endah.

"Macam mana dia boleh rebah?" tanya Zafran. Anak matanya, memandang sekilas. Kemudian, anak matanya segera meliarkan pandangannya ke arah lain. Mencari-cari sesuatu yang boleh digunakan untuk menjaga kehormatan Maria.

"DIA SEPERTI TERGANTUK DENGAN DINDING, BILA SAMPAI DISINI." Jari telunjuknya, dilayang ke arah kaki gunung yang tidak punya apa-apa yang boleh dijadikan sebagai halangan. Zafran, mengangguk kemudian dia berfikir lama.

Si gadis yang tidak lengkap aurat itu, ditutup dengan daun lebar yang ada berdekatan sebelum ditutup elok oleh kain selempang dari salah seorang penuntut lelaki yang berada di tempat itu. Mata mereka, masih dijaga dari memandang aurat yang mampu membawa kepada arah kelalaian. Zafran juga bergitu, pandangannya dijaga baik. Usai, dia memastikan aurat si dara tidak kelihatan ketara, menonjolkan bahagian yang tidak sepatutnya menjadi tontonan umum.

"Maria..Maria.." kejutnya, mengejutkan si gadis dari pitam. Mengharap si dara muda itu bangun, dan tak perlulah dia mengendong si dara. Reaksi yang diharap, tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa si gadis itu akan bangun. Zafran, berkeluh sedikit. anak matanya, sempat melingas memerhati adik sepenuntutnya.

"Minta ada pelajar yang berbadan besar, untuk membantu saya untuk mengendong pelajar wanita ini pulang semula ke asrama." pinta Zafran, selayaknya dia sebagai senior kepada adik-adik penuntut.

Lengan Maria, yang masih berlapik dengan kain dipengang. Badan si gadis yang terbaring tak sedarkan diri, diangkat oleh beberapa pelajar lelaki, ke belakang badan Zafran. Mujur, Maria tidak terlalu berat untuk dikendong. Dibawa pulang, balik semula ke asrama.

...

Dari jauh, gelagat yang berlaku di dalam pemerhatiannya membuatkan dia mempercepatkan langkahnya. Kain pelikat yang dipakai, disarung luar di tanggal dari separa jasadnya. Lalu, dilipat bertindih-tindih sehingga menjadi bentuk potongan kek tebal yang panjang. Bibirnya terkumat-kamit melafazkan bacaan yang kurang pasti madah lafaznya.

"Berdebah, syaitan!!" pandangan Nabila yang tak berkelip itu, seperti beku dipukau lembaga berbadan nipis. Lembaga tak bertuan itu, merapatkan wajahnya betul-betul beberapa inci di hadapan wajah Nabila.

Kain yang dilipas, dipakai pada pasangan mata Nabila. Diikat kemas dari arah belakang hingga perlahan-lahan rakannya itu, terduduk menyandar ke belakang. Usai dia menguruskan kawannya, dia berundur di kawasan yang sedikit lapang. Teringat akan pesan tuk guru silat yang pernah memberi pesan. Berlawan dengan hantu, kena sentiasa berhati-hati. Mereka penuh dengan tipu muslihat.

"Kau tak menyesal, buah hati kau cedera?" seperti tahu akan apa yang bakal berlaku. Suara tanpa jasad yang sesekali menampakkan diri dan adakalanya, jasad itu hilang di pandangan mata mengumpan bicara.

"Maksud kau?" Aju Amin, berjaga-jaga.

"Mati..buah hati kau akan mati, kalau kau masih berniat nak ganggu kerja aku!" kelibat yang tak tentu akan kewujudannya, muncul di sisinya. Amin, melompat ke sisi.

Mengerikan! wajah tak dapat dilihat secara berdepan kecuali dari sisi badannya sahaja. Darah Amin, menyirap..

"Kau tak akan mampu selamatkan buah hati kau." tawa galak menyeringai, di cuping pendengaran Amin. Ugutan si lembaga dengan senyuman nipis, itu seakan galak mengenakannya.

"Kau, jasad halus yang aku seru. Datang dan bantulah aku!!" Amin memasang kekuda. Langkah diatur, berentak mengikut bunga persilatan yang dipelajarinya. "Kau yang kuseru!! datang, berdamping. Bersatu dengan rohku" gumamnya, dalam tarian persilatan yang rancak.

"Kau!!!" teriak si lembaga. Nyaring dan membingit.

Bersambung...

下一章