webnovel

Chapter 21

Di gunung pondok tahun 1989,

Rumah kecil penginapan penuntut aspuri

MASING-masing berada di dalam posisi, di dalam lengkungan bulatan yang mengelilingi beberapa penuntut yang disenaraikan dalam kumpulan yang lemah semangat. Setiap jari jemari mereka yang bergerak mengikut rentak bibir, tidak sudah-sudah melafazkan zikir. Bermunajat pada yang berhak.

Zahrah dan beberapa penuntut yang turut menemaninya, duduk setentang dengan pelajar menengah bawah dalam berkeadaan berselubung kain telekung.

Sebelum, dia duduk berhadapan dengan gadis, bernama Laila. Iaitu penuntut muda, yang berada dalam kawalan bangsa jin. Dia sudahpun menyempurnakan diri dengan air wuduk. Kalam kursi dibaca dengan sekali lafaz dituruti dengan baris ayat yang dibaca sebanyak tiga kali.

"Siapa nama kau?" aju Zahrah, membuka perbualannya yang pertama. Laila yang masih bersuara sama, memandang Zahrah dengan renungan anak mata yang menunduk dan anak matanya membalas dengan raut wajah yang tidak berpuas hati.

"Aku tanya ni, siapa nama kau?" aju Zahrah, beroktaf suara tinggi. Tetapi, nadanya masih terkawal. Laila senyum mengejek tika manusia dihadapannya, tidak mendapat jawapan yang dikehendaki. Lutut mereka, berlaga sesekali.

"Nama aku..Ari." jawabnya lambat-lambat.

"Kau lelaki??..." diajukan pertanyaan.

"Ya..aku lelaki." lembaga yang mempengaruhi tubuh Laila, mengangguk seraya mengatakan dirinya sebagai jin yang bermakhluk jantan.

Membulat mata Zahrah, dengan tangannya menepuk dahi. "Ya Allah....batallah wuduk dia." Zahrah melontarkan bicara dalam nada jenaka. Dalam pada ketika, cuba membuang perasaan takut yang sedikit sebanyak memberi kesan pada dirinya.

Ari ketawa kecil. Bergerak-gerak tubuh Laila, dengan ketawa yang agak lama. "Bodoh!" balasnya, masih ketawa.

"Bodoh...ish, ish, ish...tak baik. Mencarut!!" sampuk Zahrah, senyum melebar. "Mana boleh mencarut. Dosa tahu!" tambahnya lagi.

"Air wuduk mana batal, kalau tak kena kulit" ulahnya, memberi penjelasan pada Zahrah tatkala dia melabelkan anak manusia itu dengan perkataan bodoh.

Zahrah ketawa, apabila dia tersedar akan kebodohannya. "Alamak!! kantoilah pula." sengih Zahrah, dituruti dengan keletah adik-adik dan rakan penuntut yang turut serta dalam halaqah kecil itu.

"Tapi, kenapa kau perlu masuk ke dalam tubuh dia." soalan lain, di tanya pula pada Ari.

Ari berhenti ketawa, lalu memaling ke arah sudut yang dilihatnya tadi. "Aku tak nak dia, masuk!" jawab Ari, seperti menderam marah. Utaranya seperti, tidak senang menjawab pertanyaan Zahrah.

Dada Zahrah berdebar seketika. Lidahnya lekas, membaca kalimat akhir surah kursi. "Kenapa kau tak bagi, dia masuk." soal Zahrah, ingin tahu.

Walaupun dia tidak percaya akan kata-kata yang kurang pasti itu. Hatinya melonjak ingin tahu lebih banyak perkara. "Siapa yang nak masuk??" soalan lain, ditanya pula.

"Kau tak reti bersabar." marah Ari, tatkala dia dilontarkan dengan dua persoalan. Zahrah hanya melebarkan senyumannya, dan mengangkat kedua tangannya, menandakan dirinya akan menanyakan soalan satu demi satu. Rakan sekeliling turut, berundur seketika. Mata Laila, kelihatan tajam memandang Zahrah.

"Dia nak ambil Laila dari aku. Aku tak bagilah.." bicara Ari, seperti anak-anak yang merebut makanan.

"Bukan kau pun sama. Laila bukan milik kau..baik kau keluar. Jangan ganggu dia." utara Zahrah, kali ini suaranya semakin tegas. Walaupun, ucapannya diselit kata-kata gurau namun, dia tetap mempunyai prinsip yang tegas. Jin tidak boleh berkawan dengan manusia, melanggar fitrah kejadian dan percaturan agama. Dan...jika meminta bantuan dari bangsa ini, akan jatuh syirik.

Ari mencebik. "Aku keluar..aku keluar.." Bangun Laila, namun segera di tahan. Ketawa kecil, membuatkan belakang badannya terbongkok-bongkok.

"Kau...tipu?" tangan Laila, ditarik Zahrah supaya tubuh gadis itu mendekatinya. Lantas dengan itu, dia mencekak batang leher Laila. Bibirnya bergerak-gerak. Lafas kalimah nama Allah, mengiringi bait ungkapannya. "Sebelum aku bakar kau, baik kau keluar secara baik!" bisik Zahrah. Keras, bahasanya.

Utara kata Zahrah, menaikkan amarah Ari. Tangan Laila, menolak tubuh Zahrah sehingga tubuh di antara mereka berdua berjarak dua meter. Penuntut-penuntut lain, menjadi semakin panik dan mula bergerak ke sudut dinding. Zahrah, yang sedikit terhentak dengan tolakkan itu, mengumam sakit.

"Allahu akbar...Allahu akbar!!"

"Allahu akbar..Allahu akbar!"

Azan yang dilaung penuntut wanita, membuatkan suasana di dalam pondok surau menjadi senyap seketika, sebelum Ari ketawa galak. Seolah-olah memperlekehkan tindakkan terburu-buru penuntut wanita itu.

Zahrah tidak berlengah, lantas diisyarat pada rakan yang berada di belakang Laila. Supaya, mereka mengawal tindak tanduk Laila yang dikuasai Ari. Dia pula, membaca Surah Kursi, dituruti Surah An Nas.

"Bismilliah..." Tangannya menarik lengan Laila, lalu ditolak sendi kaki Laila, sehingga tubuh gadis itu terduduk ke bawah. Penuntut lain, masih takut untuk datang mendekati sementara rakan yang turut sama membantu, memengang sendi bahu Laila dan sendi leher Laila, agar gerakkan gadis itu terbejat.

"Umur kau yang separuh jagung, tak mampu mengalahkan aku. Aku sudah berusia lima ratus tahun, tak mungkin kalah pada manusia seperti kau." bidasnya kasar.

"Keluar!!" kedatangan Ustaz Yusof, di pintu pondok membuatkan penuntut wanita melurutkan rasa lega. "Keluar!!" Suara Ustaz Yusof, kedengaran lantang sehingga, Laila yang sedang duduk tegak. Terkulai.

"Alhamdulillah.." bisik Zahrah, perlahan. Dia yang sedang berwaspada akhirnya mengurut dadanya, mengungkapkan kelegaan. Kedatangan Ustaz Yusop, sudah diketahuinya dengan isyarat dari adik tingkatan, yang dimintanya untuk memanggil ustaz. Laila yang sudah tidak sedarkan diri, terbaring lesu. Dipimpin oleh beberapa penuntut lain.

"Zahrah, saya mahu awak pimpin mereka. " pesan Ustaz Yusof, selaku penjaga mereka. Usai sahaja, Ustaz yang ditemani dua penuntut lelaki turun ke bawah.

Zahrah akur, akan arahan lalu mengumpul semula ahli jemaah penuntut dan berkumpul membaca Surah Yasiin dan surah-surah rukyah.

Bersambung..

下一章