'Dup dap'
Mei berlari sekuat hati apabila menyedari lelaki yang memandu kereta tadi sedang mengejarnya.
Kadang-kadang dia menoleh melihat adakah lelaki itu semakin dekat mengejarnya.
Kerana terlalu penat berlari tak berhenti, Mei berhenti seketika mengambil nafas.
"Mei sayang...! Awak dekat mana tu? Keluarlah cepat...Mei? Owh Mei?"
Mei menoleh ke belakang apabila mendengar suara lelaki yang mengejarnya tadi.
'Apa aku patut buat ni?'
'Aku dah penat berlari dari tadi'
"Mei!!!! Aku kata keluar sekarang! Jangan sampai aku jumpa.." jerit lelaki itu (Zen Xi) sekali lagi. Bergema suaranya di dalam hutan itu.
Membulat mata Mei ketakutan apabila menyedari lelaki itu semakkin dekat.
'Mana nak sorok ni?!' jerit hatinya.
Mata Mei terarah sebuah lubang di tepian tebing di hadapannya. Tebing itu di penuhi semak dikelilingnya. Dia segera menyorok di situ sambil menutup mulutnya dengan kedua belah tangannya. Mei hanya mampu membekukan diri di tempat itu. Sebelah tangannya mengengam erat rantai di lehernya.
'Crackkkk'
Bunyi ranting pokok dipijak. Semakin dekat dengan tempat Mei menyorok.
Mei menekup mulutnya dan membekukan diri.
'Dup dap' jantung Mei berdegup laju.
"Sayang....Mei! Keluarlah cepat!" jerit Zen Xi lagi. Kini dia berdiri di atas lubang tebing tempat Mei menyorok. Dia tidak menyedari kewujudan Mei di situ. Mata Zen Xi melilau mencari Mei di sekitar kawasan itu.
'Mustahil perempuan tu dah lari jauh..tempat ni walaupun hutan tak tebal tapi permukaan dia bahaya juga. Licin'
Matanya melilau memandang di sekiranya.
'Wait a minute. Footprint?' Zen Xi terpandangkan kesan kasut Mei di kawasan itu. Matanya mengekori kesan tapak kasut itu menuju ke arah mana dan tersengih jahat.
'Pffft..!'
"Cakk!!! Hai Sayang! Jumpa pon!!" jerit Zen Xi sambil menerjah tempat Mei menyorok.
'Arghh!!!' jerit Mei ketakutan. Pucat muka Mei. Badannya mengeletar ketakutan. Matanya membulat memandang penjahat yang menculik nya berada di hadapannya.
*Jason.
Jason masih berlari ke arah Mei yang dikejar lelaki yang keluar dari kereta tadi.
Larianya terhenti apabila mendengar jeritan Mei yang kuat itu. Pandangannya berlegar-legar di hadapannya. Mencari arah jeritan itu.
'Mei! Saya da dekat dengan awak..Sabar sayang' jerit hatinya.
Jason meneruskan larian ke hadapan berharap dia dapat temui Mei dengan segera. Dia sudah tidak hiraukan keselamatannya sendiri.
*Mei.
Tangannya menggigil dan cuba menggapai apa yang ada di sisinya.
Tangannya menyentuh sebatang kayu. Digapai kayu itu dan mengacukan dan menghayun-hayunkan kayu ke arah Zen Xi supaya Zen Xi menjauh darinya.
Apabila Mei pasti Zen Xi menjauh sedikit, dia perlahan-lahan keluar dari tempat persembunyian itu dan cuba menjauhkan diri setapak demi setapak ke belakang. Bersedia untuk melarikan diri.
"Woo, woo.... Chill sayang. Aku tak akan cederakan kau." Zen Xi cuba memujuk Mei dan menghampiri Mei sedikit demi sedikit.
"Kau jangan dekat! Jangan dekat!! Kalau tak aku pukul!" amaran Mei.
Zen Xi tidak menghiraukan amaran Mei langsung malah semakin menghampiri Mei dengan gelak jahatnya.
Tiba-tiba Zen Xi menerjah dan menolak Mei sehingga terjatuh.
'Arghh!!!' jerit Mei terperanjat dengan tindakan penjahat itu.
*Jason.
Larianya terhenti sekali lagi. Dia pasti jeritan itu berdekatan dengannya. Dia perlahan-lahan menghampiri kawasan itu. Langkahnya terhenti apabila mendengar suara lelaki yang mengejar Mei.
Jason menghampiri tempat itu perlahan sambil menggapai sebatang kayu.
Menunggu waktu yang sesuai untuk menyelamatkan Mei dari penjahat itu.
Jason berhenti di sebalik semak berdekatan tempat penjahat (Zen Xi) menyerang Mei.
'Mei!'
'Jangan risau..Awak selamat sekarang!'
Kayu itu digenggam kuat.
Mei berundur ke belakang. Dia tidak dapat bangun bergerak kerana di tolak tiba-tiba.
Zen Xi menghampiri Mei dengan riak jahatnya sekali lagi seperti yang berlaku semasa dia dikurung di dalam bilik itu.
Mei menjadi semakin ketakutan. Fobia yang dialaminya itu menyerang sekali lagi menyebabkan dia tidak dapat bergerak pantas untuk melarikan diri. Badan Mei mengeletar, berpeluh-peluh dan muka Mei sangat pucat.
Semakin Mei berundur semakin dekat Zen hampiri.
Kini Mei Tak dapat berundur ke belakang lagi kerana dihalang pokok yang besar.
Melihatkan peluang yang ada, Zen Xi mendekati Mei dan menampar pipi Mei sekuat hati sehinggakan kepala Mei terhantuk di pokok.
'Mei!!' jerit hati Jason. Sakit hatinya melihat Mei dipukul begitu. Mahu saja dia menerjah keluar dan memukul penjahat itu.
'Argh..' Mei kesakitan. Darah di kepalanya mengalir. Mei mengesat darah yang disangkakan peluh.
'Da..darahh..' tutur Mei terketar-ketar apabila melihat darah di tapak tangannya itu. Mei memandang Zen Xi yang hanya memandang Mei seperti tiada apa berlaku. Luka di kepala Mei semakin sakit. Mei menekup luka itu dengan tangannya namun tidak mengurangkan langsung kesakitan itu.
Pandangannya gelap seketika.
Tiba-tiba satu suara bermain di telinganya diikuti dengan memori yang bermain di pandangan gelapnya.
'My Princess Mei....'
'Saya janji akan cari awak selagi awak pakai dan jaga elok-elok rantai ni'
Muncul seorang budak lelaki gemuk yang tiba-tiba menggapai tangannya dan kemudian membawanya ke arah seorang lelaki.
'Bear'ry..? Jason awak buat apa dekat sini? tanya Mei di dalam pandangan gelapnya itu.
Budak lelaki gemuk itu kemudian memegang tangan lelaki itu sebelum berlalu pergi.
'Jason..awak, awak Bear'ry?'
Lelaki itu kemudian menganguk dan mengusap kepalanya sambil tersenyum. Mei tersenyum gembira memandang lelaki dalam pandangan gelapnya itu.
Tiba-tiba lelaki itu hilang.
Zen Xi mendekati Mei dan memegang kedua belah pipi Mei dan tersenyum jahat.
'Cantik juga perempuan ni'
Mei membuka matanya perlahan-lahan. Pandangannya masih kabur.
Jason perlahan-lahan menghampiri penjahat itu dari belakang sambil menghayunkan kayu itu dan 'Praakkk!!'.
Kayu itu retak di hujungnya apabila dihentak di kepala penjahat itu.
'Arkk' Zen Xi tumbang dengan cecair merah yang mula mengalir keluar dari kepalanya.
"Amik!! Rasakan!!" jerit Jason puas.
Dia kemudian menendang penjahat itu ke tepi supaya dia dapat mendekati Mei.
Jason memegang kedua belah pipi Mei dan memanggilnya lembut.
"Mei...bangun sayang. Mei..My Princess Mei.. Awak dah selamat sekarang. Saya ada dekat awak ni.." panggil Jason sambil menepuk perlahan pipi Mei.
Mei membuka matanya sepenuhnya dan apabila menyedari yang lelaki dihadapannya itu adalah Jason, Mei terus memeluknya erat. Jason membalas pelukan itu. Tangannya mengusap kepala Mei dengan penuh kasih.
"Kenapa awak lambat..." tanya Mei sambil teresak-esak.
"Sorry...sorry sangat. Shh.. Saya dah sampai kan.. Awak safe sekarang. Don't worry okay My Princess Mei?" pujuk Jason.
Pelukan itu perlahan-lahan dilepaskan.
"Jom balik?" kata Jason sambil memandang Mei tatapan yang penuh tanda.
Mei menganguk. Dia bangun namun tidak terdaya.
Kakinya masih lemah.
Jason tidak mahu tunggu lama.
Dia kemudian mencempung tubuh Mei dan berjalan pergi dari tempat itu.
Dalam perjalanan keluar dari hutan itu Mei bersuara tiba-tiba.
"Awak...sorry terlupakan awak..."
Langkahnya terhenti. Jason memandang Mei.
"Awak..awak dah ingat saya? Seriously?!" tanya Jason teruja.
Mei menganguk mengiyakan.
'YES!! FINALLY!' Jason menjerit suka.
Tiba-tiba Jason menghadiahkan satu kiss di dahi Mei.
Mei terpana seketika.
Apabila menyedari perbuatannya itu dia segera memohon maaf kepada Mei.
Memerah mukanya menahan malu dan debar di dada.
Mei hanya tersipu malu sambil menutup tempat dahinya dikiss tadi.
Tanpa mereka sedari.., Zen Xi menghampiri mereka perlahan-lahan sambil memegang sebatang kayu.
Mereka akhirnya sampai di kereta Jason. Sewaktu mereka tiba, dua buah peronda polis pun akhirnya sampai. Beberapa pihak polis menghampiri mereka berdua namun pihak polis tiba-tiba mengeluarkan pistol dan mengacukannya ke arah seseorang
"Sila letakkan senjata anda dan angkat tangan! Kalau tidak kami akan lepaskan tembakkan kalau anda degil juga! Kami ulang! Letakkan senjata anda!" kata seorang pe gawai polis.
Manakala pengawai polis yang lain mengarahkan Jason supaya segera menjauhkan diri dan masuk ke dalam kenderaan.
Apabila masuk sahaja ke dalam kereta, Jason menekup kedua belah telinga Mei dengan tangannya. Dia tidak mahu menambah trauma Mei. Mei hanya membiarkan sahaja perbuatan Jason itu. Matanya masih tidak lepas memandang Jason.
Jujur kata hatinya yang dia amat merindui lelaki dihadapannya itu.
'Bang!' bunyi tembakan dilepaskan.
Zen Xi masih degil dan akhirnya ditembak mati di situ juga.
Pihak polis mengarahkan mereka berdua ke hospital sementara menguruskan mayat Zen Xi.
Sebelum bergerak meninggalkan tempat kejadian, Mei memberitahu pihak polis yang Li Sun masih berada di atas bukit sana. Mei juga memaklumkan yang Li Sun juga yang membantunya melarikan diri.
Setelah itu Jason memandu pergi ke hospital berdekatan untuk merawat Mei.
Tiba sahaja di hospital, Mei dirawat segera dan ditahan di dalam wad untuk rawatan susulan berikutan kecederaan dan juga trauma yang dialaminya itu.