webnovel

teringat dekat you..

ikwan mengeluh mengenangkan nasib perkahwinan ikran. pasangan ikran dan cempaka sedang membina kebahagiaan mereka,namun mengapa masih wujud manusia yang iri hati cuba mengganggu kebahagian pasangan itu. jodoh ini dari tuhan. tidak bolehkah semua orang terima dengan tangan terbuka. marah ikwan hanya dalam hati sahajalah.

ikman menepuk belakang ikwan. tahu yang abang keduanya itu marah.

" itulah dugaan dalam rumah tangga.. asam garam kehidupan.." ucap ikman sambil membaca surat khabar yang dilempar ikran tadi.

" tak fahamlah angah.. diorang dah buat kita kehilangan anak buah.. lepastu buat muka tak malu rakam video macam tu.." rungut ikwan tergeleng-geleng kepalanya.

ikman hanya mampu mendengar. kalau ikut rasa marah,mahu diselesaikan ikut caranya. namun dia masih lagi menghormati hukum dan undang-undang negara.

" sekat video ni sekarang juga." arahan pertama ikran setelah nazim mengadapnya.

" suruh jefri arahkan beberapa orang cari perempuan ni.."

nazim mengangguk. tangannya mula mencatat. takut terlupa.

" sebarkan gambar-gambar dan video ni.." ikran menyerahkan satu pendrive kepada nazim.

" serahkan ke media gosip terkemuka.. lagi cepat lagi bagus." ikran sudah kehabisan sabar sebenarnya. mahukan maaf.. baik..dia akan maafkan. nanti sahajalah bagaimana cara dia membalas maaf itu.

cempaka menyemak kembali email yang telah dihantar kepada ikran melalui laptop-nya. takut ada yang tertinggal.

' abang.. saya dah emailkan dah berkenaan projek amal yang saya bagitahu tadi..☺☺'

satu pesanan melalui whatsapp dihantar kepada ikran. dia pasti ikran akan membacanya. cuma jangan berharap ikran membalas kembali. suaminya itu akan membalas mesejnya apabila perlu sahaja. setelah melihat pesanannya sudah bluetick,cempaka mahu meletak telefonnya ke meja sisi. tiba-tiba ada panggilan pula masuk. tanpa melihat nama pemanggil,laju cempaka menjawap.

" babe... kau sebok?" tanya nadia terus.

" tak.." hampa harapan cempaka. ingatkan ikran yang call. hampeh!!

" aku sent satu video dekat kau sekarang.. kau tengok taw.. lepas tu kau call aku.." maklum nadia terus mematikan talian.

cempaka yang baru nak bertanya video apa? terus membatalkan niatnya. selang seminit akhirnya sampailah mesej berupa video yang dihantar oleh nadia. apabila video sudah sedia ditonton,cempaka mula menonton.

matanya membulat. dia ingat wajah ini. salah satu daripada orang-orang yang telah menyebabkan anaknya pergi tanpa sempat melihat dunia. tiba-tiba cempaka terasa kepalanya berpusing. dunia seakan berputar laju. cempaka cuba bangun. berpaut pada tiang katil. telefon dalam genggamannya jatuh. cempaka juga rebah.

mira menyanyi kecil sambil membawa dulang berisi minuman untuk cempaka.tiga kali dia mengetuk pintu bilik utama namun tiada respon daripada daripada cempaka.

" tudur kut.." teka mira sambil membuka menolak pintu dengan tangan kirinya.

" cik puan... !!" jerit mira kuat. satu villa boleh dengar jeritannya. dulangnya diletak ke tepi sebelum dia menghampiri cempaka.

dayana yang sedang berbual di telefon turut mendengar jeritan mira.

" sekejap lagi aku call kau balik.. macam ada hal penting je." dayana meletak panggilan terus berlari ke arah suara mira. di tangga dia terserempaka mak pah dan butler mario. masing-masing pamer muka blurr.

" cik puan pengsan.." beritahu mira setelah melihat dayana dan pasangan suami isteri mak pah dan mario sampai.

dayana cepat-cepat menghampiri cempaka. tangannya merasa nadi cempaka. semuanya baik-baik.

" mario.. tolong.." pinta dayana meminta mario mengangkat cempaka ke atas katil. telefon cempaka di lantai diambil. satu klip video terpasang.

dayana,mario,mak pah dan mira menonton dalam diam. masing-masing pamer wajah geram.

pasti cempaka tertekan setelah menonton video itum

" mira..mira.. bagi saya air.." pinta cempaka mamai. terasa tubuhnya sakit.

" cik puan.. cik puan okey? sakit dekat mana? nak saya call doktor.." tanya mira bertubi-tubi soalannyam kerisauan jelas terpancar di wajahnya.

cempaka menggeleng.

" air.." pinta cempaka. tekaknya terasa perit.

mak pah yang bagai baru tersedar dari mimpi cepat-cepat mengambil air yang berada dekat dengannya. perlahan-lahan dia menyua kepada cempaka.

dayana pula membantu cempaka duduk.

" tolong jangan cerita dekat tengku ya.. pleasee.." pinta cempaka.

" tak boleh lady boss..." mario membantah.

" mario... kalau tengku tahu..pasti kamu kena marah.." halang cempaka.

masing-masing mengangguk. kalau tengku tahu cempaka pengsan di villa sendirian,pasti ikran akan mengamuk.

" baiklah.. kalau macam tu.. mira.. teman cik puan sampai tengku balik." arah mario.

mira angguk setuju.

sementara menanti ketibaan nazim,ikran meroko di luar lobi. dia hanya duduk santai di tempat menunggu dengan kotnya di pangkuan. sekali lihat pasti ramai yang tidak tahu,itulah bos besar tid.

nazim menekan bunyi hon-nya. kalau ikutkan dia sudah lena di rumah apabila ikran menghubungi untuk menghantarnya pulang. sebagai pekerja merangkap tangan kanan ikran,nak tak nak dia tetap bangun.

ikran masuk dalam kereta tanpa bunyi. setelah kereta mula bergerak meninggalkan perkarangan tid,matanya dipejamkan.

al fateh duduk di satu sudut tersembunyi di salah satu kelab malam terkemuka bandar raya kl. dia menanti kedatangan nadia dan tinangnya dezrin. ada sedikit urusan yang ingin mereka perbincangkan. dia sangat tertarik dengan kebijaksanaan nadia merancang. dia melihat nadia ada potensi untuk menjadi rakan kongsinya dalam menjatuhkan ikran.

" heiii... termenung apa??" tegur nadia. disisinya berdiri dezrin memeluk pinggang rampingnya.

" teringat dekat you... lama dah tak jumpa.. " ucap al fateh bersalaman dengan dezrin dan nadia.

nadia ketawa.

" yo bro.. kau ke mana?" tanya dezrin sambil menarik kerusi untuk nadia duduk.

" ada business trip ke hk.." balas al fateh sambil menggamit pelayan untuk menambah pesanan.

" ooowwhh.. nak minum apa sayang?" tanya dezrin kepada nadia.

" anything yang sedap.." seperti biasa,nadia selalu menyuruh dezrin membiat pilihan untuknya.

dezrin membuat pesanannya sementara al fateh hanya memerhati sahaja kerenah pasangan itu.

" so.. ada apa-apa yang i tertinggal? any update?" al fateh terus bertanya. baginya nadia dan al fateh pasti jelas dengan sebab perjumpaan mereka pada malam ini.

" terlalu banyak.. yang mana satu you nak tahu.." balas nadia,teruja untuk bercerita dengan al fateh. selalu kalau dia bercerita dengan dezrin,jarang dezrin mahu melayannya. dezrin hanya mahu bermanja-manjaan dengannya sahaja.

" semua..."

" kalau tentang business.. aku boleh cerita dengan kau.. tapi kalau gosip-gosip hangit.. kau kena la tanya sayang aku ni... aku tak pandai bab-bab ni.." akui dezrin.

al fateh mengangguk.

" apa kena dengan witty group?" soalan pertama yang ingin diketahui oleh al fateh.

" aku boleh bagitahu macam ni jelah.. witty group memang dalam masalah.. angkara anak tunggalnya. yang tu,cerita tu kau kena tanya nad lah.. tapi ikran memang keluarkan arahan.. sesiapa yang berani bantu witty group dia akan pastikan syarikat tu jatuh dalam masa 1 hari. tu yang ramai tak berani nak tolong tan sri megat jalil."

al fateh tiba-tiba ketawa. ikran memang gila. kerana gila ikranlah dia boleh kehilangan segala-galanya dalam masa pejam mata sahaja.

" t.s.m jalil merayu merata-rata minta bantuan tetapi takde siapa nak tolong.. saham witty grouo turun. 80% saham witty dah ada dekat tangan tid. diorang tunggu mesyuarat ahli lembaga pengarah dengan pemegang saham je lepas ni.. " dezrin menceritakan semua yang diketahuinya.

下一章