Cahaya pelangi di atas Sungai Stellar bersinar indah seperti kebiasaannya namun semua orang mendiamkan diri. Mereka terkelu. Linley pula hanya berjalan dengan tenang ke arah pihak perikatan Kegelapan disaksikan ribuan pakar.
Paragon… baru sahaja diheret ke dalam ruang huru-hara!
"Dia mengheret Paragon ke dalam ruang huru-hara! Dia merupakan puak Naga Lazuardi. Namanya Linley!" Askar dan komander sekeliling semuanya mengingati adegan ini. Perbualan antara Linley dengan Magnus telah menyebabkan nama Linley didedahkan. Sudah semestinya, orang di sekeliling mengetahuinya sekarang ini.
Tiba-tiba…
"Cepat, serangan fizikal!" Salah seorang kapten dari pihak perikatan Kegelapan tiba-tiba tersedar dan segera memberi arahan kepada sekutunya menerusi indera suci.
*Gemeretak…* Hampir seratus sinar cahaya berkilauan meluru dari pihak perikatan Kegelapan, dipacu ke arah musuh.
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者