Di kedalaman Gaung Bloodbath yang sunyi dan kelam.
Tiga susuk sedang menjunam turun pada kelajuan yang tinggi lantas mendarat di atas tanah.
Linley memeriksa sekelilingnya. Gaung Bloodbath merupakan kawasan terpencil. Ketika dia memandang ke hadapan, dia melihat terdapat sebuah binaan tugu batu. Bangunan-bangunan lain pula tidak dapat dilihat dengan jelas kerana keadaan berkabus memustahilkan mereka melihat dengan jelas.
'Terdapat ramai askar puak Empat Makhluk Suci di atas gaung tetapi beberapa orang sahaja yang berada di dalam Gaung Bloodbath. Memang wajarlah kerana semua orang di sini sekurang-kurangnya Iblis Enam Bintang.' Linley berterusan memeriksa dengan teliti Gaung Bloodbath. Emanuel dan Forhan pula berjalan ke hadapan dengan langkah yang yakin.
Ketika mereka berjalan pergi, Emanuel menoleh lalu memandang ke arah Linley. "Linley, kamu belum pernah ke sini lagi, bukan?"
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者