webnovel

Tawaran Bekerja

編輯: EndlessFantasy Translation

Linley terfikirkan sesuatu. Mengapa Salomon tiba-tiba saja datang mencarinya?

"Salomon, isteri saya, Delia sedang berlatih di dalam. Beginilah. Mari kita berbual-bual di luar," cadang Linley sambil tersenyum.

Salomon turut tersenyum. "Baiklah." Mereka pun berjalan beriringan menuju ke luar.

Linley berfikir sendiri, 'Nama penuh Salomon ialah Salomon Boyd. Menurut Bebe, mereka mahu membunuh ketua bertanduk hitam dan ketua bertanduk putih kerana mereka berdua merupakan bekas pekerja puak Boyd dan telah mengambil harta kekayaan puak Boyd! Tetapi nampaknya, harta itu mungkin diambil oleh Salomon.'

'Akan tetapi, jika Salomon benar-benar seorang ahli puak Boyd, dia sepatutnya menyimpan rahsia tersebut. Mengapa dia memberitahu identiti dia kepada aku?'

Linley tidak mengerti.

Mereka berdua masuk ke dalam sebuah bilik yang lain. Salomon segera menyebarkan Alam Betaranya supaya perbualan mereka tidak didengari oleh sesiapa.

鎖定章節

在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者

下一章