Salah satu daripada Empat Dataran Tinggi. Alam Neraka!
Cahaya bulan berwarna violet menerangi seluruh pelosok bumi.
*Deram-derum…* Ombak yang gelap dan suram berkali-kali menghentam tebing berceracak setinggi sepuluh ribu meter itu. Walaupun sudah sejak bertrilion tahun dihempas ombak Laut Starmist, tebing itu masih tetap utuh berdiri di situ tanpa berganjak sedikit pun.
Tebing itu amat tegak bagaikan mata pisau. Permukaannya berkilau bak cermin. Di Alam Neraka, ia dikenali sebagai Rabung Mirrormoon.
Di puncak Rabung Mirrormoon, terdapat sebuah istana batu purba yang telah dibina sepenuhnya daripada binaan batu violet. Ia memberikan satu aura bagaikan seseorang sudah lama menetap di situ. Cuma kadang kala, di dalam istana violet itu percikan cahaya kabur akan sesekali terpancar bagaikan mimpi.
Di tengah-tengah istana violet itu, terdapat sebidang kawasan rata kosong yang terbentuk daripada batu purba warna tanah.
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者