"Oh? Kamu menolak cadangannya?" Linley memandang penuh tanda tanya ke arah Watts.
Dia merasakan cadangan tersebut agak bernas. Ketika musuh dalam keadaan kucar-kacir, serangan mengejut pastinya memberikan kesan kepada pasukan Gereja Cahaya dan Kultus Bebayang.
Watts berkata penuh hormat, "Tuan Linley, terdapat tiga sebab mengapa saya menolak cadangan ini."
"Tiga sebab?"
Linley mengakui pengetahuannya tentang peperangan tidak begitu luas, jadi dia mendengar penjelasan Watts dengan teliti.
"Pertama sekali, peluang untuk berjaya tidak begitu tinggi kerana terdapat jarak beberapa puluh kilometer dari Kota Wilayah Cod ke sungai. Jika kita menghantar angkatan tentera kita ke sana, pasukan musuh yang selesai menyeberang sudah pun berjumlah berjuta sewaktu kita tiba. Selain itu, pihak musuh akan mengatur semula taktik-taktik mereka."
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者