webnovel

Dua Belas Tahun Berlalu dalam Sekelip Mata

編輯: EndlessFantasy Translation

Gereja Cahaya. Pulau Suci. Aras sembilan Kuil Cahaya.

Heidens merenung ke luar jendela dengan wajah yang sugul. Perjanjian antara Linley dan Gereja Cahaya sebelum ini telah memberi sedikit ketenangan buat mereka. Tambahan pula, tanpa bantuan Pahlawan Terulung dan makhluk ajaib jenis tikus yang menggerunkan itu, Linley seorang tidak memberi ancaman yang besar.

Namun ketenangan mereka tidak tahan lama.

Hal ini demikian kerana, pada tahun kesembilan, Gereja Cahaya mendapat tahu sebuah rahsia yang mengerikan.

Linley telah mencapai tahap Dewa dalam rupa manusianya.

"Heidens." Suara dingin kedengaran. Osenno, bersama rambut ungunya yang menggerbang, menjelma di tengah-tengah aras sembilan.

Heidens tidak menoleh. Dia menyahut dengan tenang, "Ada apa, Osenno?"

鎖定章節

在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者

下一章