webnovel

Masa dan Tempat

編輯: EndlessFantasy Translation

Pada masa yang sama, tubuh Haydson tercampak jauh dengan kelajuan tinggi akibat daya hentaman yang menakutkan itu. Selepas terbang ke belakang hampir seratus meter jauhnya, barulah Haydson mampu menyeimbangkan badannya. Setitis darah keluar dari bibir Haydson.

Haydson menyapu darah itu dan merenung ke dalam Sungai Channe.

"Dewa Pedang Genius yang hebat. Serangan terakhirnya benar-benar berkuasa." Haydson berbisik sendiri. Dalam percubaan nekadnya, serangan terakhir Olivier mencapai peringkat kuasa yang baharu. Malah, dia berjaya menembusi pertahanan Haydson dan mencederakan badannya.

*Deram-derum.* Hujan yang turun mencurah-curah terus membasahi mereka tanpa henti. Ombak air Sungai Channe bergulung-gulung. Tidak lama kemudian, warna 'merah pekat' di permukaan air sungai lesap dan hilang daripada pandangan.

Sunyi yang membingitkan!

鎖定章節

在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者

下一章