Dari segi peringkat pemahaman, serangan pedang Stehle telah melepasi peringkat 'bebanan'. Jika 'Mendalami Bumi' pedang berat adamantin merupakan salah satu teknik istimewa, jadi serangan Stehle boleh dirumuskan dengan satu perkataan, iaitu Laju!
'Adakah aku akan mati?' Linley dipenuhi dengan perasaan marah dan enggan untuk mati. Dia mahu hidup. Dia belum mencapai matlamatnya lagi.
Tetapi malangnya, di dunia ini, ramai orang yang mati pada masa dan tempat yang bukan menjadi pilihan mereka. Lagipun, dunia tidak berputar di sekeliling seseorang individu semata-mata. Banyak kejadian berlaku tidak seperti yang mereka inginkan.
'Bos.'
Air mata Bebe mula mengalir.
Tetapi tiba-tiba, Bebe tergamam.
Bukan sahaja Bebe, Haeru, Zassler, Kapten Kesatria Hitam, adik-beradik Barker dan sekumpulan pemerhati dari jauh juga tergamam.
"Apakah yang berlaku?" Semua orang tercengang.
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者