webnovel

Keuntungan Melimpah

編輯: EndlessFantasy Translation

Langit telah pun bertukar menjadi gelap ketika Xiao Yan bangun daripada tidurnya. Matahari terbenam di ufuk barat sedang menaburkan cahaya merah pudar ke dalam tingkap dan membentuk cahaya padat di atas tanah.

Xiao Yan duduk di atas kerusi dan memandang selimut yang sedang menyelimutinya. Hatinya terasa hangat. Dia berdiri dan berjalan untuk menggerakkan badannya. Setelah puas tidur, keletihannya sudah hilang. Menggantikannya adalah muka penuh bertenaga.

"Kriik…"

Daun pintu tiba-tiba dibuka dengan lembut semasa Xiao Yan sedang mundar-mandir. Kepala manusia menjengah ke dalam. Selepas melihat Xiao Yan bangun, dia akhirnya mengeluh lega. Dia berkata tertawa, "Ketua, awak memang boleh tidur rupanya. Awak tidur dari pagi hingga malam."

鎖定章節

在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者

下一章