"Orang itu?"
Marvin tertarik dengan kata-kata Faniya itu.
Dia seperti berhenti apabila berkata tentang [orang itu].
"Dewi Bulan yang hebat, aku tidak faham apa maksud kau."
"[Orang itu]?"
Ekspresi Marvin penuh dengan rasa curiga.
Marvin tidak pernah bertemu dengan Faniya semasa hayat yang lalu tetapi Faniya seorang yang mempunyai emosi sungguh baik berdasarkan pemain yang berjaya menjadi Paderi Wanita oleh Dewi Bulan. Dia memang bersikap belas kasihan terhadap manusia biasa tetapi dia seperti tidak boleh terlalu banyak campur tangan di Feinan atas sebab-sebat tertentu.
Reputasi dia juga sangat bagi dalam kalangan Dewa Kuno. Oleh itu Marvin tidak risau Faniya mencederakan dia.
"Kewujudan hebat pernah berkata tentang perkara yang akan berlaku satu hari nanti," kata Dewi Bulan dengan tenang. "[Orang itu] ialah watak utama dalam kejadian yang berlaku. Orang itu ialah kau, Marvin Cridland."
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者