webnovel

Hidup Semula

編輯: EndlessFantasy Translation

"Persekutuan Pembela? Kenapa kau boleh fikir nama yang pelik seperti itu?" Hathaway bertanya dengan rasa bingung.

"Kami belum ada nama Persekutuan lagi… Tetapi bunyi macam bagus."

Marvin ketawa kosong. "Kita boleh fikirkan nama lain. Aku main cakap sahaja."

Jika Legenda ini berkumpul bersama, mereka boleh menjadi satu kuasa besar. Ketika di dalam permainan video, memang ada kekurangan pasukan Legenda yang berkumpul bersama. Mereka semua hanya terbabit dengan perlawanan masing-masing dan akhirnya dihapuskan oleh para dewa.

Marvin yang sebagai seorang pemain memang tahu kelebihan berlawan sebagai satu pasukan.

Tidak kira sama ada Putera Bayang, Crimson Patriarch atau Diggles dan Dataran Decaying yang baru mereka uruskan itu, semua ini merupakan keputusan dari semua pakar hebat bekerjasama.

Ini merupakan sebab kenapa dia cuba memenangi hati pelbagai Legenda yang dia jumpa sejak menyeberangi ke dunia ini.

鎖定章節

在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者

下一章