webnovel

Marvin Menggila!

編輯: EndlessFantasy Translation

Hanya ada satu perkataan yang boleh ungkapkan perasaan Marvin ketika ini.

Perkataan itu ialah Menggila!

Feinan merupakan dunia yang kejam penuh di mana kuasa jahat dan baik berlawan tanpa henti menyebabkan ramai orang yang terkorban.

Marvin juga telah membunuh dengan banyak. Tetapi dia tidak pernah menyentuh orang tidak bersalah!

Black Jack sudah semakin meningkat ketika ini dah telah mencapai level yang cukup untuk mencapai kenaikan pangkat ke-3.

Tetapi Marvin tidak gentar!

Asalkan dia belum habiskan kenaikan pangkat dan tidak menjadi Penjahat Jalan Merah dengan rasmi, Marvin sangat yakin boleh menghapuskan Black Jack!

Dan dia boleh membunuh dia dalam pertempuran satu dengan satu!

"Clang!" Terdapat percikan selepas kerambit bertembung!

Serangan Marvin menjadi sangat lancar dan kemahiran pisau belatinya sangat stabil selepas dia mengaktifkan [Blade Technique – Rapids].

Black Jack mendengus sambil menangkis serangan Marvin.

Kemahiran dia sudah meningkat tetapi selepas pertembungan serangan beberapa kali dia terkejut kerana peningkatan budak ini lebih tinggi dari dirinya!

Kali terakhir ketika mereka bertemu di ruang bawah tanah duta plague, Marvin masih boleh dikalahkan dengan mudah tanpa dapat membalas.

Tetapi sekarang selepas tiga serangan bertembung, wajah pihak satu lagi masih tidak berubah dan tidak isu dari segi kekuatan kerambitnya atau rentak serangan!

"Sangat pelik."

"Baru berapa lama saja masa berlalu? Aku telah meningkat dengan pantas. Oleh itu bagaimana dia masih boleh melawan balik?"

Tanpa membiarkan Black Jack berfikir lagi, Marvin memberikan tekanan dengan menyerang lagi!

Dalam pertembungan pisau belati, dia paling beri perhatian pada teknik. Perkara paling penting sekali ialah menggunakan peluang yang muncul.

Ini tidak perlukan serangan yang hebat tetapi perlukan seseorang itu tenang sebaliknya!

Lebih tenang seseorang itu, lebih mudah untuk dia melihat kelemahan pihak lawan. Sebab itu serangan pertama selalunya menentukan keputusan pertarungan!

Orang yang menyerang dahulu biasanya akan menunjukkan kelemahan kepada pihak lawan. Ini sesuatu yang tidak bernas.

Jika ini Marvin yang biasa, dia akan tunggu dahulu. Tetapi hari ini dia terus menyerang dahulu.

Ini kerana dia mahu Black Jack mati!

"Ha!"

Marvin menunduk kepala. Seperti sayap yang terbang, kerambit di tangan Marvin pantas menangkis serangan Black Jack. Selepas itu Marvin melompat tinggi dan menetak ke bawah!

Ini seperti serangan Flying Cleave yang hebat tetapi di mata Black Jack ia penuh dengan banyak kelemahan.

"Dia telah menukar senjata. Kuasanya juga telah meningkat…"

"Penguasaan pisau belatinya telah meningkat. Patutlah dia nampak lebih bersedia. Potensi budak hingusan ini sangat tinggi."

"Sayangnya dia bertemu aku! Mahu membunuh aku? Jika orang dari Lelabah Bayang tidak berjaya inikan pula budak hingusan ini?" Black Jack mengejek dalam hati.

Dia terus mara ke depan sambil berguling di tanah.

Pada waktu itu, bahagian bawah badan Marvin dalam jarak serangan Black Jack!

"Biar aku potong kaki kau dan melihat bagaimana kau nak terus melompat!"

Dia ketawa besar sambil menghalakan pisau belati kembar untuk memotong lutut Marvin!

Tetapi pada waktu itu, Marvin terus membaca mantera!

[Spell – Vine Metamorphosis]!

Dalam sekelip mata, kakinya dari lutut ke bawah terus bertukar menjadi tumbuhan menjalar berduri!

Ketika Black Jack masih terpaku melihat, tumbuhan menjalar terus menghalang pisau belati tajam dan melilit di pergelangan tangan Black Jack.

"Aaah!"

Black Jack menahan kesakitan yang dialami sambil mengenggam erat pisau belatinya itu.

"Dia memang seorang yang hebat!" Marvin berfikir.

Dia menjatuhkan badan ke depan dengan kedua-dua tangan di tanah dan menggunakan kuasa dari pinggang dan menarik pergelangan tangan Black Jack dengan sepenuh tenaga!

[Personal Skill – Burst]!

Dalam sekelip mata, kekuatan Marvin meningkat beberapa kali ganda, memaksa memusingkan pinggangnya untuk melontar Black Jack ke udara dengan tumbuhan menjalar itu!

Selepas itu, Marvin jatuh ke tanah sambil tumbuhan menjalar itu melepaskan Black Jack dan kemudian kakinya kembali semula kepada asal!

Akhirnya peluang tiba.

Marvin berpusing dan tangan kanannya mengarah kepada Black Jack yang masih di udara yang tidak mempunyai ruang untuk bergerak!

Satu cahaya mula terpancar dari Ring of Prayers.

[Rainbow Jet]!

Satu tenaga yang menakutkan keluar dari cincin itu dan mengena Black Jack.

Pada waktu hidup atau mati, Black Jack mengangkat pisau belati di depan dirinya.

Dia menggunakan segala kekuatan dalam posisi bertahan ini!

Sinaran cahaya pelangi itu terkena di badannya tetapi separuh dari ia dapat ditahan oleh pisau belati di tangannya!

Tetapi pembentukan kristal mula terbentuk di badannya.

"Celaka!"

"Dia ada sihir seperti ini!"

Black Jack jatuh dengan kaku ke tanah. Bahagian bawah badannya mula rasa kebas kesan dari proses menjadi kristal!

HPnya jatuh satu per tiga.

Marvin menjeling dengan perasaan hampa.

Black Jack ini memang sangat kuat! Lebih kuat dari Diapheis.

Tetapi kemudian dia melihat Black Jack mengeluarkan satu botol kecil dan meminumnya. Proses pembentukan kristal di badan mula merosot.

Lelaki ini ada banyak item yang bagus. Tidak sangka dia boleh ada ubat anti-kristal sekali?

Marvin menggunakan tiga teknik dalam kombo ini: Vine Metamorphosis, Burst dan Rainbow Jet. Dan ini hanya mendatangkan sedikit masalah saja buat Black Jack.

"Aku tidak boleh biarkan dia pulihkan tenaganya!"

Marvin terus membuat keputusan untuk mara tu langkah ke depan dan terus menghunus kedua-dua senjatanya. Ini memaksa Black Jack berguling beberapa kali.

"Cuba melepaskan diri?"

"Bukan semudah itu!"

Marvin terus mengejar. Black Jack melutut ketika Marvin menetak ke bawah senjatanya!

Tetapi nasib Black Jack sangat baik, ini kerana dia sangat pantas dan dapat menangkis serangan itu pada saat-saat akhir.

Dia terus bengang!

Sebagai seorang yang akan menjadi Penjahat Jalan Merah, dia ditekan sehingga tahap ini oleh budak mentah pangkat ke-2?

Ini memang tidak masuk akal!

Sebelum dia dapat membalas, Marvin telah melontarkan dua tali!

Tali Permintaan!

Sebelum masuk ke Hutan Thousand Leaves, Marvin telah membeli Tali Permintaan satu lagi sebagai langkah berjaga-jaga. Dia tidak sangka akan mendapat gelaran [Mahaguru Tali] secepat ini!

Disebabkan gelaran [Pakar Medan Pertempuran Sengit] tidak dapat ditonjolkan ketika ini, dia terus menukar kepada Mahaguru Tali!

Dua tali digunakan pada masa yang sama, satu di kiri dan satu di kanan. Di bawah kawalan Marvin, kedua-dua tali tersebut mengikat kedua-dua tangan Black Jack. Dalam sekelip mata, titik kelemahan terus terpapar di Black Jack!

"Mampus!" Marvin menjerit sambil kedua-dua pisau belati dihunus ke bawah!

Tetapi pada masa itu, badan Black Jack mula mengecut!

Satu tenaga pelik tersebar dari badannya. Kedua-dua tangan bebas dari ikatan tali permintaan dan dia terus hilang di depan Marvin!

[Secret Skill – Vanish]!

Ia kemahiran yang jarang dijumpai.

Marvin telah melihat dia menggunakan kemahiran ini sekali ketika di ruang bawah tanah.

Tetapi abiliti ini sudah masuk dalam perkiraan rancangan Marvin.

Vanish merupakan kemahiran yang mempunyai keutamaan tinggi dan boleh membebaskan diri dari semua jenis teknik kawalan ramai.

Selepas itu pengguna akan berpindah tempat.

"Dia pasti ada berdekatan!"

"Dia tidak akan dapat melepaskan diri dengan jarak yang jauh!"

Marvin berpusing dan ternampak bayang di hujung matanya!

Mereka tidak jauh di antara satu sama lain.

Black Jack merangkak dengan wajah yang pucat sambil memegang pisau belati kembar di depan seperti harimau kumbang yang sedia untuk menerkam. Dia mula bertindak!

Sudah lama dia tidak menerima tamparan seperti ini, tambahan lagi oleh seseorang yang telah dia permainkan sebelum ini. Perasaan ini menyebabkan hatinya berkecamuk!

"Budak hingusan, serangan kau sudah berakhir!"

Pisau belati Black Jack terpancar sinaran pekat, badannya mula menjadi gelap.

[Blade Technique – Abyss Phantom]

Ini merupakan teknik memedang level tinggi yang boleh memancarkan banyak pisau belati!

Kali terakhir dia gunakan, Paladin Gordian juga terpaksa berhati-hati untuk menahan serangan kemahiran ini.

Tetapi Marvin tidak gentar dan takut. Sebaliknya dia terus meluru untuk berhadapan!

Ketika kedua-dua belah pihak hampir bertembung, Marvin dengan pantas mengelak sambil memusingkan badan.

[Eternal Night]!

Dalam sekelip mata, Marvin menjadi paksi di tengah mula menyebabkan keadaan cahaya persekitaran di telan!

Ia seperti waktu malam di ruang itu ketika ini.

Black Jack tidak dapat melihat apa-apa. Dia terus menjadi panik dan menyerang dengan membuta-tuli di sekelilingnya!

Tetapi Marvin mempunyai darksight. Dia mengelilingi Black Jack sehingga ke belakang badan.

Abyss Phanton ada had jangka waktu. Marvin dengan tenang mengira masa yang tinggal oleh Teknik Memedang pihak lawan yang tinggal.

Tujuh saat kemudian, serangan membuta-tuli Black Jack terhenti seketika.

Kelemahan!

Marvin tanpa rag uterus menerpa.

Pada waktu ini dia memegang Kemarahan Membara di tangan kiri manakala Jed Kingfisher di tangan kanan!

"Clang!"

Kemarahan Membara dengan mudah menahan salah satu pisau belati bayang Black Jack!

"Plop!"

Pisau belati Jed Kingfisher pula terus menikam di belakang tengkuk Black Jack!

Marvin terus membuat balik kuang dan menendang bilah pisau belati Jed Kingfisher itu.

"Woosh!"

Pisau belati itu menikam semakin dalam tengkuk Black Jack!

下一章