webnovel

Soal Siasat

編輯: EndlessFantasy Translation

Di era pemerintahan Ahli Sihir ini, kebiasaannya hanya Ahli Sihir dan keturunan mereka yang menjadi bangsawan.

Ayah Marvin bukanlah Ahli Sihir tetapi Datuknya adalah Ahli Sihir. Datuk Marvin adalah ahli yang berpangkat tinggi dalam organisasi Persekutuan Ahli Sihir Selatan. Dia dan pengikutnya telah meneroka kawasan Bandar River Shore sebelum ianya belum lagi dibina. Sebagai Ahli Sihir dalam organisasi tersebut, dia telah meneroka banyak kawasan dan menjadikannya wilayah baru. Atas perjanjian di antara Wizard Alliance dan juga Ahli Sihir yang meneroka, sebahagian tanah yang sekarang dikenali sebagai Lembah White River akan menjadi miliknya.

Kerana status mereka sebagai wilayah yang baru dan jaraknya agak dekat dengan kawasan hutan, wilayah ini diberikan lebih banyak kebebasan daripada kawasan utama wilayah Bandar di selatan. Mereka tidak menerima banyak arahan daripada Wizard Alliance, selain daripada membayar cukai pada waktunya. Tetapi apabila terdapat keadaan kecemasan, mereka terpaksa pergi menyahut seruan Wizard Alliance.

Datuk Marvin mempunyai dua orang anak. Yang pertama adalah Jean yang merupakan bapa Marvin, dan yang lebih muda adalah Miller. Selepas kematian datuk Marvin, Jean mewarisi Lembah White River bersama-sama dengan pentadbiran wilayah manakala Miller pula, disebabkan dia tidak mempunyai hak mewarisi wilayah itu, memperoleh sejumlah wang yang besar setelah bertemu secara sulit dengan abangnya untuk meminta lebih banyak dan berlalu pergi meninggalkan Lembah White River.

Marvin masih teringat bahawa pakciknya telah pergi selama bertahun-tahun. Dia tiba-tiba kembali ke selatan tahun lepas. Ternyata perniagaannya berkembang maju dan dia menjadi ahli perniagaan yang sangat kaya. Miller membeli tempat di kawasan Bandar River Shore . Kedua-dua adik beradik sering bertemu dan Jean sangat gembira kerana adiknya telah kembali. Dia tidak kisah membelanjakan wang untuk menyambut kepulangannya.

Pada mata memori budak yang naif itu, walaupun Pakcik Miller agak kedekut tetapi hubungan dengan abangnya agak rapat.

Tetapi pada Marvin yang kini, terdapat banyak petunjuk didapati dalam memorinya.

Keadaan ayahnya mula menjadi lebih teruk selepas setengah tahun kepulangan Pakcik Miller ke Bandar River Shore. Ayahnya sepatutnya dalam keadaan yang terbaik dalam usia 40 tahun dan tubuh badannya sekuat kerbau! Walaupun ayahnya tidak layak menjadi Ahli Sihir, dia tetap pelawan pangkat ke-2 yang pernah membunuh babi hutan bergigi batu bermutasi secara berseorangan yang masuk ke kawasan wilayahnya. Adalah agak mustahil kesihatan tubuh badan ayahnya boleh merosot mendadak dalam masa yang agak singkat.

Walaupun sekiranya ianya adalah penyakit, agak mustahil untuk memberikan bermacam-macam masalah ke atas Pelawan yang kuat dan tegap.

Tetapi, disebabkan penyakit ini menyebabkan ayahnya meninggal setengah tahun lepas. Pada masa itu Marvin baru berusia 14 tahun sewaktu dia mewarisi wilayah dan pemerintahan ayahnya. Dia mula memerintah dengan baik dan tekun.

Walaupun tempoh masa setengah tahun ini agak sukar bagi budak 14 tahun ini, tetapi hasilnya agak memuaskan.

"Walaupun budak yang tak bersalah itu agak lemah tetapi dia agak pandai menguruskan pemerintahan kawasannya."

"Pakcik Miller juga menghadiri pengebumian ayah aku dan berpura-pura menangis. Dia juga mengatakan sesuatu yang pelik."

"Kepulangannnya dan juga kematian ayah aku terlalu kebetulan; mungkin dia ada memainkan peranan dalam hal ini. Disebabkan dia tidak mewarisi tampuk pemerintahan kemungkinan dia berdendam dengan ayah aku. Mungkin ini tujuan sebenar dia selama ini. Dia menjadi sangat kaya dan kembali untuk membalas dendam."

"Mungkin dia hendak merampas pemerintahan Lembah White River. Asalkan aku mati, adik aku Wayne pastinya bukan tandingannya. Dia hanya perlu mengupah Kumpulan Acheron dan merasuah ahli Majlis Perbandaran Bandar River Shore dan pasti Lembah White River akan menjadi miliknya.

Dalam masa yang singkat, Marvin berfikir banyak perkara.

Pakcik Miller agak mencurigakan tetapi dia tidak mempunyai bukti untuk menyokong teori ini.

"Kita perlu menyiasat sama ada pakcik Miller terlibat atau tidak dalam hal ini."

Marvin pun bercadang, "Mungkin 2 ahli samseng tersebut mempunyai maklumat dalam hal ini."

"Apa maksud kamu?"

"Ikut aku." Marvin menambah, "Pastikan seorang dari mereka ditangkap hidup-hidup."

Di lorong berdekatan pintu hadapan Rumah Penginapan Fierce Horse, pencuri yang kebosanan itu memerhatikan pandangan di depannya yang tidak berubah.

Di bawah sekitar kakinya terdapat jam pasir yang hampir habis jatuh ke bawah. Ini bermaksud tidak lama lagi masa untuk mengeluarkan isyarat rahsia akan tiba.

"Perempuan itu pastinya sudah tidur nyenyak. Buat apa nak perhatikan lagi? Aku dengan orang yang mengupah kita kali ini berminat dengan perempuan separuh-elf itu dan ingin menangkapnya hidup-hidup. Bos kita akan bertindak melakukannya esok."

Pencuri itu bermain dengan pisau belatinya sambil berfikir.Dia memerhatikan keadaan di bumbung di mana seorang lagi memerhatikan keadaan di rumah penginapan itu.

"Siapa!"

Pencuri itu pun menatap tajam. Persepsinya agak tinggi untuk perasan seseorang menggunakan kemahiran [Stealth].

"Ada Pencuri lain ke?"

Pada masa dia ingin membuka mulut untuk memberitahu Pencuri yang lain, dia terasa seram sejuk di belakang badannya!"

"Cis! Dia boleh melihat di sebalik kemahiran [Stealth] aku!"

Dia berpusing dan perasan yang pemain pedang separuh-elf itu menerpa ke arahnya.

Pencuri itu bertindak dengan pantas dan pergi melarikan diri ke lorong tersebut. Ini disebabkan dirinya akan kalah jika berlawan secara berdepan.

Tapi, pada masa ini seseorang pun muncul di pandangan matanya.

Kelibat orang itu melompat dari atap dan mendarat di depannya menyebabkan jalan keluar terhalang.

Pencuri itu berasa sedih melihat mayat kawannya di atas atap tersebut. Lidahnya terkelu.

Membunuh dengan pantas dan tanpa ragu-ragu…

Adakah orang ini Pembunuh Hendap yang sebenar?

Pada masa dia perasan kelibat orang menghampirinya dan kemunculan pemain pedang elf itu, masa hanya berlalu 2-3 saat sahaja dan dia telah membunuh pemerhati di atas atap itu.

Ini tidak dapat dibayangkan!

Dimana samseng di kawasan Bandar boleh melihat teknik pembunuhan seperti ini!

Pencuri itu tidak tahu berapa banyak orang itu telah membunuh untuk menunjukkan teknik kemahiran seperti itu.

Apabila dia dapat melihat wajah pembunuh hendap itu, dia pun terkejut beruk. "Kau! Bagaimana kau masih hidup…" Pencuri itu tergamam.

Pedang Anna ditekan ke belakang badan orang itu dan dengan suara yang dingin berkata, "Kau ada dua pilihan sekarang. Bekerjasama atau mati."

Pencuri itu pun melepaskan genggamannya dari pisau belatinya dan mengangkat tangan. Dia telah mengalah untuk terus berlawan. Nampaknya bangsawan muda itu sebenarnya pembunuh hendap yang menakutkan dan perempuan separuh-elf itu adalah pelawan kelas ke-4. Jika dia melawan, dia tidak mempunyai peluang langsung.

"Cepat ikatnya, aku tahu gudang kosong yang berdekatan dengan sini," kata Marvin dengan perlahan.

Di kawasan utara Bandar ini di dalam gudang kosong itu.

"Aku bersumpah! Aku dah memberitahu segala yang aku tahu!"

Pencuri bernama Dink yang diikat di kerusi itu menangis sambil berkata, "Aku hanya ditugaskan untuk mengekori dan bukan menyerang!"

"Kau masih tidak memberitahu lagi kenapa Kumpulan kau cuba membunuh aku?" Marvin dengan dingin bertanya.

Dink dalam keadaan menyedihkan berkata, "Aku betul-betul tidak tahu…"

"Hey! Apa yang kau buat?" Pencuri itu mula ketakutan.

Marvin tersenyum sinis sambil memegang tangan kanan Pencuri tersebut. Dia pun mengelar sedikit di pergelangan tangan itu dengan pisau kecil dan darah pun keluar mengalir.

"Ini tidak menyakitkan, betul?" Marvin tersenyum sinis lagi. "Tapi aku telah membelah salur darah kau. Darah kau akan mengalir keluar perlahan dari luka ini sehingga kau mati."

Dia pun mengelar lagi pergelangan tangan Dink selepas habis berkata.

"Bajingan!" Dink pun menggeletar ketakutan. "Cepat berhenti!"

"Beritahu aku apa yang aku ingin tahu dan aku akan melepaskan kau," Marvin berkata dengan kejam. "Jika tidak kami akan biarkan kau mati di sini akibat kehilangan darah."

Anna risau melihat keadaan Marvin. Dia tahu yang mereka perlu melakukan sesuatu cara untuk menyoal siasat tetapi risau dengan kelakuan Marvin ini.

Dia nampak menjadi lebih kejam seolah-olah dia berubah dari seorang yang baik hati kepada sifat yang berlawan.

"Ini disebabkan aku tidak berguna yang gagal melindungi Tuan Muda sehingga dia sengsara dan berubah kepada perangai sekarang." Perempuan itu menggigit bibirnya sambil menggenggam erat pedangnya sehingga tangannya menjadi pucat dan menampakkan urat biru.

Di bawah soal siasat Marvin, Dink mengalah tidak lama kemudian. Kumpulan samseng ini tidak menerima sebarang latihan untuk menahan soal siasat yang ganas ini. Mereka hanya menyertai geng untuk menyara keluarga mereka, jadi mereka mempunyai keazaman yang lemah.

Pada kehidupan yang lepas, Marvin pernah terjumpa ahli kultus yang sangat fanatik. Cuba mendapatkan maklumat dari mereka adalah sangat menyusahkan.

"Orang itu memang tidak tahu siapa yang mengarahkan untuk menyerang aku. Dia hanya berkata pedagang yang kaya dari Bandar mengupah mereka.

"Kumpulan Acheron di Bandar River Shore hanyalah penguasa kelas kedua sahaja. Bosnya ingin meluaskan pengaruh dan ini memerlukan banyak wang. Pedagang yang kaya itu berjanji akan melabur jika mereka berjaya menyelesaikan tugasan yang diberi."

"Hanya bosnya sahaja yang pernah berjumpa secara berdepan dengan orang itu dan mereka yang lain hanya menerima arahan sahaja. Jika kita ingin mengetahui siapa dalang disebaliknya, kita perlu mencari orang bernama Diapheis dan berjumpanya.

Marvin termenung berfikir seketika.

Dink boleh berkata apa sahaja untuk melepaskan diri.

Selain dari Diapheis yang Pelawan Pangkat ke-2, ahli lain Kumpulan Acheron tidaklah kuat mana. Perkara yang paling melecehkan adalah untuk menghadapi kesemua Pencuri kelas ke-4. Pangkalan mereka terletak di Bar Pyroxene yang amat terkenal kawasan setinggan sebagai kasino haram dalam penjualan organ yang selalunya sesak dengan pelanggan.

Diapheis adalah orang yang sangat berhati-hati. Dia telah mengetatkan sekuriti Bar Pyroxene terutama sekali di kawasan belakang dan bawah tanah. Cuba menyelinap masuk adalah bukan perkara yang senang.

Marvin adalah Renjer, bukannya orang yang mahir dari segi memusnahkan perangkap dan menyelinap masuk seperti Pencuri menyebabkan agak sukar untuk mendekati Diapheis.

"Tuan Muda, apa yang harus kita lakukan?" kata Anna.

Tidak tahu mengapa, dia nampaknya secara tidak sedar telah semakin bergantung kepada Marvin sejak Marvin tersedar dan pulih dari penyakitnya.

"Kau kata kau akan melepaskan aku!" Dink pun berkata dengan kuat.

Marvin pun berjalan mendekati dan menghunus kerambitnya beberapa kali ke tali yang mengikat orang itu.

Dink terpana. Dia tidak menyangka Marvin akan melepaskan dia begitu sahaja.

Anna mengerut dahi dan ingin mengatakan sesuatu, tetapi kemudian tangan Marvin pantas bergerak mengeluarkan sinar cahaya.

Mulut ditutup! Mengelar leher! Darah memancut!

Mata Dink terbeliak, badannya menggeletar seketika sebelum mati.

"Aku cakap aku lepaskan kau tapi aku tak berjanji tidak akan membunuh kau." Marvin pun menolak badan pencuri itu yang memandangnya dan mengelap bersih kerambitnya.

Anna menggeletar kerana ketakutan. "Tuan Muda Marvin, apa yang telah terjadi pada kau? Ini tidak seperti perangai kau."

Marvin pun memandang Anna dan jujur berkata, "Manusia mempunyai banyak perilaku. Dalam keadaan seperti ini aku perlu menjadi orang yang lain. Aku tak akan benarkan orang lain merampas wilayah aku dan juga mencederakan kamu."

"Aku tidak akan benarkan!"

Dia pun memegang tangan Anna yang sejuk itu dan berbisik, "Kau adalah salah seorang orang yang paling penting dalam hidupku. Jika ada orang yang ingin merancang melawan kamu, aku akan pastikan mereka menerima padah.

Muka kecil Anna merah sedikit, dan walaupun setelah melihat Marvin yang menakutkan tadi kini dia rasa lebih selamat.

Anna pun menarik tangannya sambil tersipu malu dan berkata dengan suara yang perlahan, "Tuan Muda, apa yang kita patut lakukan sekarang?"

"Kita pergi ke kubur dahulu."

Marvin bercakap tentang lokasi yang tidak dijangka.

下一章