Seminggu kemudian, Cheng Xue Yao pulang ke kota Zhou Su. Namun, selepas menghantar dokumen-dokumen kepada Zhang Yang, dia menghilang dengan segera tanpa memberikan peluang untuk Zhang Yang menebus perbuatannya. Zhang Yang hanya mampu melihat belakang badan Cheng Xue Yao dengan sepintas lalu sambil perempuan itu meninggalkan bangunan dengan tergesa-gesa. Jika terdapat sesuatu yang dia boleh lakukan, Zhang Yang akan lakukan. Tetapi apapun, dia sudah memperoleh sesuatu benda penting yang dia perlukan untuk menyelesaikan tugasan seterusnya.
Selepas itu, barulah dia menyerahkan dokumen-dokumen kepada Sun Xin Yu dan membiarkan Sun Xin Yu melakukan tugasnya.
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者