webnovel

Roh Tanah Oz

編輯: EndlessFantasy Translation

Pasukan Zhang Yang bangkit satu persatu. Tuah bukan sesuatu yang boleh dikawal. Tiada apa-apa yang boleh sesiapa lakukan apabila sesuatu yang buruk berlaku dan tuah tidak menyebelahinya.

Percubaan mereka yang kedua berakhir dengan kematian mereka sekali lagi selepas <Tembakan Membisukan> pertama Ratusan Tembakan tidak mengena.

"Apa yang terjadi ni!? Ini kan bos yang mudah ditewaskan, tapi kenapa kita asyik gagal ni!?"

"Gemuk, aku rasa ini karma untuk kau. Ini mungkin balasan sebab kau mengintai adik perempuan jiran kau." Zhang Yang bergurau.

"Pergi matilah, Yang Kecil! Aku ni lelaki budiman tulen! Kenapa pula aku nak mengintai bawah skirt perempuan?" soal Han Gemuk dengan raut wajah yang jujur.

"Abang besar! Zhan Yu tak cakap apa-apa tentang mengintai bawah skirt pun. Kau ni gali kubur sendiri ke?" Drizzler tertawa riang.

Wajah Zhang Yang berkerut-kerut dan dia serta-merta berasa cemburu terhadap Han Gemuk. "Kenapa kau panggil dia abang besar, tapi kau panggil aku pak cik?!"

"Yang Kecil, kau tu jenis cepat nampak tua. Janganlah cemburu dengan Han Gemuk yang sentiasa nampak muda ni!" Han Gemuk menghulurkan tangannya dan menepuk bahu Zhang Yang, tetapi tangannya menembusi bahu Zhang Yang seperti udara kerana mereka masih dalam keadaan roh.

"Muda apanya!"

Mereka berlima bangkit semula dan meneruskan pertarungan dengan Roh Air Wattland. "Aku rasa kita semua sudah biasa dengan strategi tu sekarang. Menang atau kalah bergantung pada tuah kita!"

Zhang Yang mengeluarkan dan menghunuskan pedangnya. "Ayuh!"

90%, <Ribut Hujan Batu> pertama telah dihentikan oleh Han Gemuk.

80%, <Ribut Hujan Batu> kedua pula dibatalkan oleh Ratusan Tembakan.

70%....

60%...

50%...

Kali ini, tiada tembakan yang "Tidak Mengena" sementara HP bos itu turun mendadak. Tidak lama selepas itu, HP Wattland semakin menghampiri zon merah.

7%!

"Jangan cuai! Apa yang perlu dibatalkan, mesti dibatalkan. Apa yang perlu dielak, mesti dielak! Jangan pula kita mati semasa HP bos ini tinggal 1%!" Zhang Yang mengingatkan semua. Dia tidak ingin mengulangi pertarungan ini sekali lagi.

"Sedikit lagi! Ahhh! Aku dah nampak. Kilauan kepingan emas yang indah! Ahhh!! Sedikit lagi!" Raungan aneh Drizzler memenuhi suasana dan serangannya menjadi lebih pantas dan ganas pada waktu itu.

3%!

2%!

1%!

0%!

Dan bos itu akhirnya tewas.

'Ding! Anda dan pasukan anda telah berjaya membunuh Roh Air Wattland. Menerima 25,250 mata Nilai Pengalaman (50 mata bonus pasukan)!'

"Aww ya! Kita paling hebat! HEBAT!" Drizzler melompat kegirangan seperti kanak-kanak perempuan yang telah memenangi beruang mainan pertamanya di sarkas sementara ahli pasukan lain hanya tersenyum memandangnya.

Zhang Yang tersenyum puas. Dia gembira melihat pasukannya yang telah bertungkus lumus berusaha dan akhirnya menggenggam kejayaan. Impiannya untuk memperkukuhkan pasukan tersebut semakin menjadi kenyataan. 

Zhang Yang kemudian menepuk tangannya untuk menarik perhatian mereka. "Baik, semua! Masa untuk mengambil hasil rampasan daripada bangkai ini!"

"Oh! Aku nak buat! Aku nak buat!"

"Tak boleh! Aku nak buat! Bagi aku buat!"

Lutut Han Gemuk menjadi lemah melihat gelagat dua sepupu itu berebut giliran untuk mengambil hasil rampasan daripada bangkai tersebut.

"A-Ah kau berdua ni? Berhenti bergaduh. Marilah sentuh aku! Aku ini sedap untuk disentuh. Aku yakin kau akan berasa sangat puas selepas luangkan masa bersama aku!"

"Pergi matilah!"

Melalui peraturan dan cara yang sama, Si Salji menang satu lagi pusingan batu-kertas-gunting. Drizzler merenung tangannya yang berbentuk batu dengan pilu dan dia mengeluh kesedihan.

"Kenapalah aku asyik kalah permainan ini?"

"Sebab kau tidak pandai main!" ujar Zhang Yang. Dia tidak menyangka yang Drizzler masih tidak menyedari kesilapannya.

Drizzler bingkas bangun dengan tangan yang bercekak di pinggang dan muka yang merah padam kemarahan. "Apa silap aku?!"

"Permainan ini hanya perlukan salah satu tangan kau. Tangan yang kau guna untuk bermain di belakang kau, tapi tangan satu lagi kau letak di depan kau. Aku tak faham kenapa kau tunjukkan gaya yang sama pada tangan yang lagi satu itu. Sebab itu semua orang tahu apa yang kau fikirkan. Orang paling bodoh pun boleh nampak apa yang kau akan pilih dalam permainan batu-kertas-gunting! Kalau orang lain tak nampak juga, maksudnya dia pun sebodoh kau!" Zhang Yang menerangkannya dengan raut wajah bersahaja sambil menahan gelaknya.

"Ahhhhh!!!!" Maka, sebab itu Drizzler tidak pernah menang apabila dia bermain permainan batu-kertas-gunting dengan kakak sepupunya! Dia tidak pernah berpeluang langsung disebabkan habitnya itu!

"Han Yin Xue!! Aku nak putuskan pertalian dengan kau!" jerit Drizzler dengan sekuat hatinya.

"Baik, ini kali ke… hmm aku tak ingat dah berapa kali kau nak putuskan pertalian denganku." Si Salji menjerit untuk membalas dengan bersahaja dan terus mengabaikan Drizzler untuk mengambil hasil rampasan daripada bangkai tersebut. Mereka yang lain mungkin tidak menunjukkannya, tetapi mereka sangat teruja menanti peralatan yang mungkin diperolehi. 

[Mahkota Fros] (Tembaga Hijau, Baju perisai Besi)

Pertahanan: +6

Vitality: +24

Kekuatan: +12

Ketangkasan: +4

Keperluan Tahap: 20

"Hei, budak. Lupakan sistem balingan dadu dan selesaikan ini dengan permainan batu-kertas-gunting!"

"Budak licik!" Drizzler berasa menyampah dengannya dan terus membaling dadu untuk peralatan tersebut. Zhang Yang tertawa dan turut membaling dadu. Dia akhirnya memperolehi peralatan itu dengan 84 mata.

[Mahkota Pantas] (Tembaga Hijau, Baju Perisai Kulit)

Pertahanan: +4

Vitality: +20

Kekuatan: +6

Ketangkasan: +14

Keperluan Tahap: 20

Han Gemuk dengan rendah diri menolak untuk membaling dadu dan sekali lagi memberikan peralatan itu kepada Ratusan Tembakan.

'Ding! Anda telah mengagihkan 10 kepingan perak!'

Apabila bangkai itu mula lenyap, Han Gemuk naik berang, "Itu saja? Dua peralatan saja?"

"Uh, ya. Betullah itu. Menerima dua peralatan dalam dungeon untuk 5 orang ini sudah cukup baik!" ujar Zhang Yang.

"Itu pun mahkota saja! Ish! Bos ini memang ada habit yang pelik dengan mengumpulkan hanya mahkota, huh."

"Bos pertama ini hanya akan memberikan helm dan but. Kita dikira bertuah sebab dapat hanya helm." Zhang Yang menerangkan. "Baiklah. Mari teruskan ke bos seterusnya dan mendapatkan pencapaian "Penyelesaian Pertama"!"

"Jom!"

Pasukan itu teruja untuk memperolehi kejayaan dan memenangi pertarungan. Semangat bertarung mereka penuh membara-bara.

Selepas mereka menewaskan bos pertama tersebut, unsur roh di situ berubah daripada air kepada tanah. Musuh mereka seterusnya ialah satu roh berunsur tanah yang sangat besar dengan 7 hingga 8 roh berunsur tanah kecil di sekelilingnya.

[Makhluk Berunsur Tanah Besar] (Elit)

Tahap: 21

HP: 50,000

[Makhluk Berunsur Tanah Kecil] (Normal)

Tahap: 20

HP: 1,000

"Aduh. Makhluk suruhan kecil ni agak menyusahkan!" luah Zhang Yang sambil dia menggosok dahinya. Dia teringat hari-hari di mana dia mampu membunuh makhluk suruhan di Makam Bangar dengan mudah.

"Tak guna jika kita bunuh yang kecil itu. Selagi yang besar itu hidup lagi, ia akan bangkitkan lagi makhluk suruhan yang telah mati! Tapi, kita tetap tak boleh biar pertarungan berterusan lama sebab yang besar itu akan mengarahkan yang kecil untuk meletupkan diri mereka sendiri. Setiap makhluk suruhan kecil itu boleh menyebabkan 200 mata kerosakan setiap letupan. Kau akan diletupkan dan terus mati!"

"Jadi… kita patut beri perhatian kepada yang besar itu sebelum ia beri arahan kepada yang kecil untuk meletupkan diri mereka sendiri?"

"Faham tak?"

"Ya!"

"Mari mulakan!"

Shush! Kedua-dua Zhang Yang dan Drizzler meluru ke arah musuh sambil menggunakan <Serangan >.

Dengan adanya Zhang Yang untuk menarik makhluk suruhan tersebut, mereka yang lain tidak perlu risau tentang aggro dan hanya perlu menyerang raksasa elit itu. Makhluk tersebut berjaya ditewaskan dengan agak pantas disebabkan kuasa serangan tertumpu mereka yang hebat itu. Pasukan itu kemudian menggunakan semua kemahiran AoE mereka untuk menghapuskan makhluk suruhan yang masih tinggal. 

<Panahan Bertalu-talu> Pemburu dan <Belahan Tornado> Berserker ialah kemahiran AoE yang lebih kuat berbanding <Serangan Petir> Pelindung! Namun, tiada satupun di antara kemahiran itu yang boleh menyaingi 200% kerosakan <Sambaran Mendatar> Zhang Yang! Ditambah pula dengan pedang Perak Kelabunya yang hebat dan kemahiran <Mata Helang> nya, kerosakan terakhirnya itu tiada tolok bandingnya!

"Zhan Yu, aku nak <Sambaran Mendatar> kau!" Drizzler mula berasa cemburu.

"Tak boleh!"

Drizzler cuba memujuknya dengan sesuatu yang mungkin boleh membuatkannya menyerah, "Tapi aku boleh bagi alamat Si Salji!"

Telinga Han Gemuk tiba-tiba menggerenget. Si Salji mungkin tidak mempunyai raut wajah yang cantik, tetapi tubuhnya yang mengiurkan itu memang sangat menggoda. Lagipun, penampilan dalam permainan dan dalam dunia sebenar mungkin berbeza. Masih ada kemungkinan yang gadis ini sebenarnya seorang yang sangat cantik!

"Budak tak guna! Kau ini mesti dah tak mahu hidup! Kau memang nak sangat mati ke?" Si Salji menunjukkan penumbuknya.

"Jangan risau, Drizzler! Aku akan lindungi kau!" Han Gemuk berdiri mendabik dadanya. "Cepat! Beritahu alamat dia!"

"Tiada gunanya kalau dia beritahu. China ini sangat besar! Boleh ke kau cari?"

Zhang Yang tertawa. "Ish! Siapa tahu? Kita mungkin dalam bandar yang sama!"

"Kami tinggal di Bandar Zhou Su. Kau pula?" soal Drizzle.

Zhang Yang dan Han Gemuk terkedu seketika. "Kebetulan! Kami pun tinggal di Bandar Zhou Su!" Zhang Yang tersentak. Zhang Yang memang sebelum ini pernah terfikir yang mereka tinggal di bandar yang sama.

"Ah! Kita memang ditakdirkan bertemu! Ini ialah takdir!" Han Gemuk mula berasa sangat bersyukur.

Drizzle tertawa riang. Dia mengenyit matanya yang besar itu dan berkata, "Si Salji tinggal di alamat No.105, Jalan Shi Zi! Dapat tak?"

Han Gemuk mula mengulangi alamat tersebut seperti satu mantera kerana dia bimbang dia akan terlupakan ia nanti.

Zhang Yang menggeleng kepalanya. Kalau betul apa yang dia ingat, No.105, Jalan Shi Zi itu balai polis! Apabila dia memikirkannya, dia terus teringatkan polis wanita yang ditemuinya pagi tadi! Rasa lembut dan kenyal itu! Apa yang dirasanya itu memang yang terbaik berbanding dengan apa yang pernah dia rasai sebelum ini dalam kehidupan lepas! 

Zhang Yang tersenyum sinis. Apabila dia terbayangkan wajah Han Gemuk setelah dia tahu kebenaran tentang balai polis yang terletak di alamat itu membuatkan dia enggan menerangkan perihal sebenar kepada Han Gemuk.

Pasukan itu meneruskan perjalanan dan selepas bertarung dengan makhluk suruhan selama 20 minit, mereka akhirnya tiba di laluan masuk ke kawasan bos kedua.

[Roh Tanah Oz] (Tembaga Hijau)

Tahap: 22

HP: 132k

Terdapat satu Makhluk Berunsur Tanah berwarna perang yang sangat besar dan setinggi 15 meter dan kelihatan sangat kuat. Walaupun ia tidak mempunyai apa-apa senjata, jasad roh yang sangat besar itu sudah cukup menggerunkan. 

"Apa rancangannya?" soal mereka semua. Mereka "tahu" Zhang Yang ialah pemain beta!

Zhang Yang melangkah dengan yakinnya. Dia telah memikirkan perkara ini masak-masak sejak beberapa hari lepas untuk mengingati semua kemahiran dan strategi pertarungan Marzerway, jadi dia dapat menerangkan strategi seolah-olah dia mengetahui segalanya.

"Bos ini mempunyai serangan jenis fizikal. Serangannya menyerupai jentolak yang sangat kuat dan berkuasa, jadi, kita kena sekali lagi bergantung harap pada Si Salji!"

Si Salji menoleh ke arah Zhang Yang dan mengenyitkan matanya dengan gaya menggoda. "Kalau begitu, aku nak ganjaran tambahan!"

"Kakak! Boleh tak berhenti berperangai macam perempuan murahan?!"

"Heh heh heh. Aku dah biasalah!" Si Salji kemudian mengenyitkan matanya ke arah Drizzler yang menyebabkan Drizzler menggigil.

"Kemahiran pertama bos ini adalah <Luka Terbuka>. Ia hanya akan menjampinya kepada pemain dengan aggro tertinggi iaitu aku. Kalau ia menjampi kemahiran ini kepada orang lain, maksudnya aku dah mati! Ini serangan DoT, jadi, aku akan hilang 100 HP setiap saat. Kerosakan ini tidak dipengaruhi oleh nilai pertahanan. Jahanam!"

Sebagai seorang Pelindung, dia sangat membenci apa-apa kemahiran yang mengenepikan atribut pertahanannya.

"Kemahiran keduanya adalah <Rempuhan >! Kemahiran ini juga akan dijampi kepada pemain dengan aggro tertinggi iaitu aku juga, aku! <Rempuhan > itu sendiri tidak boleh menyebabkan kerosakan, tapi ia akan memegunkan aku selama 2 saat dan menjampi satu debuff serta meningkatkan kekerapan serangannya sehingga 100%! Kemahiran ini tidak boleh dihadang atau dielak, jadi, aku kena hadapinya juga! Paling bahaya kalau aku tak dapat mengelaknya. Aku tak akan boleh bergerak untuk menghadang apa-apa serangan. Dengan serangan ganas yang bos ini memang miliki, aku boleh mati bila-bila masa!

Si Salji dengan gaya melebih-lebih berkata, "Kalau begitu, aku nak dibayar lebih lagi!"

"Kakak, tak boleh ke kalau kau berperangai baik sikit?"

"Bila pula aku tak berperangai baik?" Si Salji sekali lagi mengenyitkan matanya. Tingkah lakunya yang menunjuk-nunjuk itu membuatkan ahli pasukan lain tidak senang dengannya.

下一章