Pertempuran antara Guru Posyen kebanyakannya bergantung kepada pengetahuan dan resipi yang dikumpul oleh mereka.
Contohnya, kalau Leylin tidak dapat mengenal pasti jenis posyen yang digunakan oleh Orang Gasar Berkulit-hijau, ia mungkin akan menimbulkan masalah kepadanya.
Pemenangnya ditentukan oleh siapa yang dapat melihat di sebalik persediaan pihak lawan.
Apabila dikaitkan dengan maklumat ini, bagaimana boleh Orang Gasar Berkulit-hijau ini dapat mengalahkan Leylin, yang memiliki Cip A. I.?
"Kau-" Jari-jari Orang Gasar Berkulit-hijau bertentangan itu mula menggigil, terbuktinya dia berasa takut.
"Apa? Adakah kau merancang untuk menggunakan azimat Star-traced dan mengaktifkan Posyen Fros Berais di atas pinggang kau ataupun kau akan menggunakan Posyen Panah Racun Menghakis di belakang kau itu?"
Leylin membongkarkan rahsia Orang Gasar Berkulit-hijau ini, jelasnya sedang menghinanya.
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者