webnovel

Enam Bintang

編輯: EndlessFantasy Translation

Sebaik ahli majlis tersebut ingin mengumumkan permulaan perlawanan itu, Skrill tiba-tiba menyampuk.

"Apa? Adakah awak ingin mengakui kalah sekarang, Celine?"

Sudah tentu, Skrill tidak berani berkelakuan kurang ajar dengan Leylin. Malah, tidak kira sama ada ia adalah Leylin ataupun Xerxes, dia tidak mampu menyinggung perasaan mereka. Justeru itu, dia hanya boleh mengejek Celine.

"Mengarut!" Celine membalas dengan marah sambil memandang pada Leylin dengan wajah yang risau.

"Leylin… Dia… Dia tidak akan mengalah kerana tidak dapat menilai kekuatan Xerxes dengan jelas, bukan?"

Celine menggenggam penumbuknya dan juga mula berpeluh sejuk.

Secara jujur, dengan bakat dia dan skil meditasi, Celine sangat yakin sebelumnya dia dapat menewaskan semua Magi yang bertanding dalam pusingan sebelumnya.

Bagaimanapun, apabila melihat kekuatan Leylin, keyakinannya telah hilang.

Kini, Celine sedar dia tidak memahami Leylin sedikit pun.

鎖定章節

在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者

下一章