"Buku ini satu salinan teknik meditasi gred-tinggi. Ia hanya untuk warlock keturunan darah Ular Syaitan Gergasi Kemoyin…"
Permulaan maklumat ini pun sudah membuat Leylin teruja.
"Teknik meditasi gred-tinggi yang aku impikan akhirnya dalam tangan aku sekarang!"
Leylin hanya terasa lonjakan darahnya ke otak dan hampir tidak dapat menahan daripada meneriak.
[Amaran! Amaran! Baki masa sebelum tempat ini meruntuh: 5 Minit 01 Saat! Ia telah membatas had yang tuan badan telah ditetapkan!] Cip A. I. mengingat Leylin sekali lagi.
"Sial!" Leylin mula berlari dengan serta-merta.
Apabila dia mula berlari keluar daripada bilik belajar, dia menjeling mayat Bosain yang terbaring atas tanah.
"Kebumikan kau dalam aras rahsia adalah kaedah yang terbaik untuk menyembunyi identiti pembunuh. Dan oleh kerana aku tidak secara langsung membunuh dia, kebarangkalian apa-apa Sihir Pengesanan sangat rendah.
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者