webnovel

Menemui Jayden

編輯: EndlessFantasy Translation

Satu letupan yang kuat berbunyi dan api kuning terang tersebar ke semua arah, membakar tanah berdekatan sehingga hangus.

Pada masa ini, terdapat lubang sedalam 1 meter dan lebar beberapa meter luas muncul di tengah letupan itu.

Habuk dan lumpur terpercik, dan tanah persekitaran mempunyai kesan darah hitam, serpikan tulang patah dan organ dalaman terselerak di mana kebanyakannya sudah hilang bentuknya yang asal. Selepas Leylin membazirkan beberapa usahanya, dia berjaya memeriksa mereka dan mengutip beberapa lencana.

"Seorang pembantu paderi tahap 3 dan dua pembantu paderi 2! Ganjaran yang agak baik! Mengguna posyen letupan sebagai cetusan perangkap agak berguna!"

Leylin agak puas dengan hasil pertempurannya. Ini salah satu rancangannya – mengguna sihir Pengubahan Bentuk untuk menjadi seorang pembantu paderi tahap 1, mengumpan dan memikat pembantu-pembantu paderi musuh ke dalam perangkap.

Dengan pengesanan Cip A. I., beberapa pemburuan Leylin sempurna, dan tidak mempunyai sebarang masalah.

"Hampir selesai!" Leylin menyimpan lencana itu dengan baik.

Dia mesti mengumpul lencana yang cukup sebelum musuhnya bersatu, dan kemudian menyembunyikan diri sehingga pertempuran ini berakhir.

Untuk matlamat ini, selepas Leylin mengguna sihir Pengubahan Bentu dan Pancang Tanah sekali untuk membunuh seorang pembantu paderi, dia mula berhenti mengguna kekuatan rohani dan sihirnya. Sebaliknya, dia bergantung kepada posyen dan skrol untuk bertempur, sambil memastikani keadaannya bersedia apabila sampai masa.

Selepas mengemas kawasan itu sedikit, Leylin bergegas tinggalkan tempat itu.

Tidak lama kemudian, seorang pembantu paderi lelaki dan perempuan tiba di tempat kejadian itu.

Melihat kesan jelas letupan itu, dan serpihan sisa seragam Istana Whitewoods, muka pembantu paderi perempuan itu berubah suram.

"Saya ingin bunuh dia! Kemudian menggantung kepalanya pada kereta kuda saya selama 100 hari!"

Pembantu paderi perempuan itu mengetap giginya.

"Kau akan mendapat peluang kau tidak lama lagi! Kita semakin dekat dengan pembantu paderi yang tidak berhati perut ini…"

Silver Claw Saurun melutut separuh di atas tanah dan mengutip rumput yang berlumpur, sebelum meletakkannya di dalam mulut.

"Walau bagaimanapun, saya kagum akan keberanian dia. Dia sebenarnya berani menghalang pembantu-pembantu paderi kita!"

"Hentikan karut kau! Adakah kau sudah menemui dia?"

Pembantu paderi perempuan itu bertanya.

"Di sana!" Saurun mengunyah rumput itu dan menutup matanya sebentar. Dia kemudian menuding ke satu arah dan kedua mereka segera menuju ke arah itu.

Dalam hutan yang tebal. Di atas pokok yang layu dengan 3 cabang yang tinggal, terduduk satu bentuk manusia berjubah kelabu. Dia kelihatan agak pendek sambil memandang atas langit.

"Senja sudah hampir!" Leylin tergumam.

Di dalam aras rahsia, tidak wujudnya matahari, bulan, ataupun bintang-bintang. Tetapi perkara yang ganjil akan berlaku, pada langit terang pada waktu pagi akan dipenuhi dengan cahaya putih. Manakala waktu malam, cahaya itu akan lenyap. Ini caranya untuk bezakan antara pagi dan malam.

Nampaknya, terdapat lapisan medan yang menghalang matahari dan bulan bersama-sama.

"Selepas satu hari penuh, saya hanya mendapat begini banyak!"

Leylin mengira mata sumbangan yang telah diperolehinya.

Dalam tangannya terdapat 6 lencana. Di antaranya, 5 kepunyaan pembantu paderi pembantu paderi tahap 2, dan 1 kepunyaan pembantu paderi tahap 3, yang disumbang oleh ketua trio sebelum ini.

Ia sangat mudah untuk bezakan antara pembantu paderi tahap 2 dan tahap 3 dengan bentuknya.

"Berdasarkan peraturan akademi, seorang pembantu paderi tahap 2 musuh bernilai 3 mata sumbangan manakala seorang pembantu paderi tahap 3 bernilai 10 mata sumbangan. Pembantu-pembantu paderi yang terkenal dikategorikan berasingan. Sekarang, saya mempunyai 25 mata sumbangan, separuh daripada saya perlukan untuk ditukarkan dengan Air Grine."

Muka Leylin agak tegas.

Walaupun Leylin mendapat 25 mata sumbangan dalam sehari, ia hanya kerana pembantu-pembantu paderi musuh tersebar di sekitar aras rahsia dan belum lagi berkumpul.

Selepas sehari semalam, pembantu-pembantu paderi dari dua puak ini tentu sudah berkumpul. Selepas membentuk pasukan askar yang besar, mereka pasti akan mengeliling pembantu-pembantu paderi Akademi Abyssal Bone Forest.

Di dalam keadaan begitu, Leylin mungkin tidak mampu melindungi nyawanya, apatah lagi memperolehi lebih lencana daripada mereka.

Dengan kerugian daripada perang yang sebelumnya, Akademi Abyssal Bone Forest mengalami kehilangan yang teruk. Mereka mempunyai masa yang terhad untuk membina pasukan elit baru untuk bertempur dengan kedua-dua puak tentangan.

Lebih-lebih lagi, kalau seseorang sering berjalan dalam laluan gelap, mereka akan bertemu dengan hantu suatu hari nanti (1. Merujuk kepada seseorang yang selalu berbuat jahat akan pasti mendapat akhir yang buruk.) Leylin tidak percaya akan perangkap dia yang ringkas boleh berjaya.

"Kalau ia benar-benar tidak munasabah, nampaknya saya harus berputus asa!"

Leylin berazam. Dia bukan seseorang yang akan mencampak nyawanya untuk manfaat yang sedikit.

Walaupun keinginannya untuk menjadi raja dalam Dunia Magus, pertamanya dia mesti berjaya menyelamatkan nyawa dirinya. Kalau tidak, apa tujuannya mempunyai semua barang kecuali nyawa sendiri.

"Cip A. I.! Kekal kawasan pengesanan ini! Lapor dengan segera kalau ada sebarang masalah!"

Selepas mengarah Cip A. I. sebagai sentri, dia menggali sebuah lubang bawah tanah di belakang pokok untuk bersembunyi dan kemudian tidur dalam ruang tersebut.

Pembantu-pembantu paderi ketiga-tiga akademi berada di dalam aras rahsia selama 3 hari dan 2 malam. Walaupun kelelahan fizikal boleh dipulihkan dengan pelbagai posyen dan kaedah, tetapi kepulihan daya tahan mental tidak begitu mudah.

Nasib baik Leylin mempunyai Cip A. I. yang boleh ditugaskan sebagai sentri yang cemerlang dengan kebolehannya.

Kegelapan menyelubungi pokok-pokok dan bunyi tangisan cacing kecil dapat didengar dari masa ke semasa.

Di dalam ruang pokok, Leylin menutup matanya untuk bermeditasi sebelum tertidur lena.

Malam ini tidak sekali pun tenang. Pelbagai pertempuran telah berlangsung di sekeliling aras rahsia. Banyak sihir pangkat 0 yang berwarna-warni dan menarik telah diguna oleh pembantu-pembantu paderi. Serangan hendap, perangkap terbalik, perangkap kecantikan dan perancangan yang cerdik tidak berkesudahan. Ramai pembantu paderi muda yang hilang nyawa di dalam aras rahsia ini.

Dengan tentu, kesemua perkara ini tidak berkaitan langsung dengan Leylin.

Pada hari kedua, Leylin berjalan keluar dari ruang pokok melalui satu lubang apabila siang tiba.

Kekuatan alam telah menyebabkan banyak kesan darah berkurangan. Pelbagai tumbuh-tumbuhan dan jejak binatang merangkumi kebanyakan tanda-tanda pertempuran sengit atas tanah.

Leylin meregang badannya dengan santai dan memandang ruang pokok besar itu.

Leylin ingat dengan jelas yang dia baru sahaja membuat lubang itu semalam. Tetapi, ia sedang memulihkan diri beransur- ansur. Leylin juga perasan beberapa cambah berwarna hijau berdekatan lubang itu.

"Nampaknya flora dan fauna dalam aras ajaib ini mempunyai daya tahan yang amat tinggi berbanding dengan dunia fizikal!"

Leylin mengusap dagunya dan mendepangkan lengannya untuk mengutip cambah berembun itu. "Cip A. I.! Imbas komposisi dan rakam!"

[Beep! Membandingkan dengan pangkalan data tumbuh-tumbuhan. Ketidakbiasaan dijumpai!]

Suara Cip A. I. berbunyi dan imej hijau dan biru muda yang bertindih ditayangkan depan Leylin. Kawasan merah di tengah imej itu kelihatan seperti seekor sotong yang menyebarkan tentakelnya.

"Rakamkan komposisi!" Leylin mengarah.

"Mungkin ini akan berguna pada masa depan!" Leylin kata pada dirinya dan mula mengutip beberapa tumbuh-tumbuhan dan herba untuk dirakamkan.

[Amaran! Amaran! Terdapat radiasi yang kuat 523m dari arah tenggara. Terutamanya dikenal pasti sebagai pembantu-pembantu paderi yang menggunakan sihir-sihir pangkat 0!]

Ketika Leylin berbuat demikian, amaran Cip A.I. berbunyi.

"Satu peluang!" Mata Leylin berkilau.

Pondok Sage Gotham dan Istana Whitewoods adalah sekutu. Pembantu-pembantu paderi mereka tidak akan bertarung sesama sendiri, jadi pertempuran yang berlangsung pasti melibatkan pembantu-pembantu paderi Akademi Abyssal Bone Forest.

Dengan pengesanan Cip A. I., aku tidak takut terperangkap kalau aku bertindak dengan lebih berhati-hati!"

Leylin menepuk dadanya dan terasa sebuah loket kukuh di sebalik jubah kelabunya.

"Mungkin ini masanya untuk menguji kekuatan Loket Tahi Bintang ini!"

Leylin melebarkan jubah kelabu dan menyembunyi dirinya sambil menuju ke arah pertempuran.

* Boom! *

Leylin dapat rasa intensiti radiasi daripada sihir-sihir semasa menghampiri kawasan tersebut. Kedarjahan ini hanya dapat dikeluarkan oleh seorang pembantu paderi tahap 3. Lebih-lebih lagi, ia kepunyaan seorang pembantu paderi yang lebih kuat.

Akademi Abyssal Bone Forest memberi ganjaran yang sangat lumayan kepada sesiapa yang berjaya menewaskan musuh pembantu paderi tahap 3 yang berpeluang menjadi seorang Magus sebelum umur 20. Nilai mereka di dalam lingkungan 20 hingga 100 mata sumbangan.

Ini bermakna kalau Leylin berjaya berbuat demikian, dia bukan sahaja dapat menukar Air Grine, tetapi pertukaran untuk model sihir pertahanan pangkat 1 juga tidak menjadi masalah.

Walau bagaimanapun, kaki Leylin berhenti tiba-tiba dan ingin meninggakanl kawasan itu.

Baginya, satu Air Grine sudah cukup untuk dia gunakan dalam eksperimennya. Yang lain bukan satu keperluan dan tidak berbaloi untuk bertarung dengan pembantu-pembantu paderi tahap 3 ini.

Lebih-lebih lagi, terdapat juga perkara lain yang merisaukannya.

Walaupun ganjarannya tinggi untuk pembantu-pembantu tahap 3 terkenal, pasti ada profesor-profesor yang menyokong mereka dari belakang. Profesor masing-masing pasti telah meluangkan banyak usaha untuk mereka.

Biarpun Leylin tidak berfikiran waras, dia pasti Magi telah meletakkan sihir pada perantis-perantis mereka. Sebaik sahaja dia membunuh salah satu mereka, penampilan dan maklumat lain akan diketahui oleh Magus tersebut.

Sihir Pengubahan Bentuk tidak berguna terhadap Magus rasmi.

Walaupun Pengerusi Siley melindungi Leylin selepas pertumpahan darah ini, dia tidak ingin menarik perhatian orang ramai dan diperhatikan oleh seorang Magus rasmi.

Secara keseluruhan, risikonya terlalu tinggi untuk manfaat yang sedikit. Leylin lebih suka membunuh beberapa pembantu paderi tahap 2 atau pembantu paderi tahap 3 yang Lelah berbanding dengan mencetus kemarahan para genius.

Dia tidak teragak-agak untuk melarikan diri.

Tiba-tiba suara lelaki dapat didengari, "Haha! Jayden! Akhirnya nyawa kau di dalam genggaman aku!"

"Jayden?!" Langkah Leylin berhenti, dan berpaling.

Lokasi pertempuran berada di tengah beberapa pokok-pokok. Pokok-pokok itu sekarang telah dimusnahkan dan mendedah ruang yang luas.

Leylin memerhati pertempuran itu dengan senyap.

Di tengah ruang itu, Jayden dalam pakaian pemburunya sedang separuh melutut atas tanah. Terdapat juga akar-akar yang mengelilinginya sebagai sebuah perisai.

下一章