webnovel

Peras Ugut

編輯: EndlessFantasy Translation

Leylin telah mengelak dari terlibat dalam mana-mana pergaduhan yang tidak membawa sebarang manfaat selama ini.

Bagi dirinya, keseronokan memenangi antara satu sama lain tidak dapat dibanding dengan keseronokan meningkatkan kekuatan melalui pertapaan.

Tambahan pula, dia tidak membenci Ourin. Malah, dia berterima kasih pada Ourin kerana membuat Leylin yang asal cedera parah, sekali gus memberikan dia peluang untuk penjelmaan semula.

Leylin seorang yang praktikal. Bagi dirinya, berfikir secara waras lagi penting daripada menjaga air mukanya.

Walaupun menggunakan nama baik keluarganya untuk bersumpah bukan kerugian pada dirinya, namun permintaan Ourin selepas itu telah melampaui batas.

"Kamu… Kamu tak boleh buat macam ni! Semua yang berjubah hitam itu tidak akan melepaskan kamu semua!"

Leylin menggenggam kuat karung di tangannya dengan wajah gelisah.

"Haha… Kenapa mereka nak masuk campur dengan masalah kita? Jangan lupa, kamu pernah kena pukul sampai setengah mati oleh saya sebelum ini, dan tak ada siapa pun yang kisah."

Ourin menggenggam buku limanya, kedengaran tulang berantakan. "Kalau kamu tak nak saya patahkan tulang kamu satu demi satu, serahkan semua kristal ajaib itu!'

Semakin Ourin mendekatkan dirinya, badannya yang besar itu menyelubungi diri Leylin dengan bayang-bayangnya.

Leylin memerhati sekelilingnya, lokasi ini agak jauh dari tapak perkhemahan. Sekelilingnya hanya terdapat pengikut Ourin. Mereka semua melihat dia seperti sedang melihat satu persembahan.

"Tak payah pandang sana sini, tak ada siapa pun akan datang selamatkan kamu…"

Ourin tersengih.

"Betul? Baguslah kalau begitu!" Leylin tiba-tiba ketawa.

Bayangan Leylin lenyap seketika. Apabila Leylin muncul kembali, dia sudah berada di belakang Ourin, "Baguslah, aku boleh balas dendam kejadian hari tu!"

Tendangan yang kuat dan ganas dilepaskan! Seperti angin yang kencang, tendangan itu melekat ke pinggang Ourin.

Ourin terasa satu kuasa yang kuat datang dari tendangan Leylin, menyebabkan badannya terbang ke udara!

Bang! Ourin jatuh ke tanah, kesakitan mula menjalar dari pinggangnya menyebabkan matanya berubah merah, "Berani kamu! Berani kamu! Berani kau cederakan saya!"

"Mati kamu! Aku akan gantung kamu!"

Ourin berdiri dengan ganas, sinaran kebengisan dan dahagakan darah kelihatan dari matanya.

'Ini ke kelebihan mempunyai penubuhan yang bagus?' Mata Leylin mengecil selepas melihat tendangannya yang menggunakan lima puluh peratus kekuatannya tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada Ourin.

"Ha!" Ourin menghayun buku limanya seperti seekor beruang hitam yang ganas.

Leylin bergerak ke tepi, mengelak serangan Ourin. Tumbukan Ourin mendarat di sebatang pokok kecil di belakang menyebabkan lekuk yang dalam. Kekuatan 1.7 ini tidak boleh dipandang enteng.

'Kuat dan berat tumbukan dia. Walaupun dengan penubuhan aku, aku tidak akan dapat bertahan lebih dari beberapa tumbukan…' Leylin berfikir dengan pantas.

'Cip A.I.! Simulasikan kaedah terbaik untuk tewaskan dia!'

[Beep! Tugas dibentuk! Mulakan mod bantuan!] Satu suara kedengaran daripada Cip A.I. Kecekapan pengiraan kuat Cip A.I. serta merta datang bersama penyelesaian terbaik.

[Tunduk! Tugas dibentuk! Mulakan mod bantuan!] Umum Cip A.I. Leylin serta merta tunduk, mengelak serangan Ourin.

[Satu kecacatan muncul dalam pertahanan musuh! Lokasi serangan paling efektif: Ketiak!] Suara Cip A.I. bersuara.

Badan Leylin terus bergerak ke kiri dan ke kanan, mengelak serangan demi serangan Ourin sambil mendekatkan dirinya. "Awak tahu? Walaupun awak kuat, awak tak cukup lincah. Ini kelemahan tubuh badan awak..."

Melihat Leylin masih boleh bercakap sambil menyerang, ini menunjukkan Leylin masih menahan dirinya.

"Adakah… Adakah ini Leylin sebelum ini? Dia… Sejak bila dia jadi kuat begini?" Remaja sekeliling kelihatan terperanjat.

Melihat riak muka mereka semua yang masih tidak percaya apa yang berlaku, Leylin melepaskan satu tumbukan! Tumbukan itu tepat mengenai ketiak Ourin dengan mengunakan seluruh kekuatannya. Ourin yang terkena serangan itu, jatuh ke atas tanah dengan riak muka yang sakit, dan tidak dapat bangun untuk jangka masa yang lama.

Kekuatan penuh Leylin sekurang-kurangnya 1.5 dan tidak jauh beza dengan kekuatan Ourin. Tambahan pula, tempat yang dia serang itu tempat kelemahan Ourin. Ourin jatuh ke tanah, matanya kemerahan sambil menjerit, "Awak pasti akan mati! Keluarga saya tak akan lepaskan kau!"

"Oh, ya?" Leylin tidak terjejas dengan ugutan Ourin, malah memberi satu tendangan ke perutnya. Ourin mengerekot seperti udang telah masak.

Leylin bercangkung, melihat muka Ourin sambil tersenyum. "Sebab awak tak mahu lepaskan saya pergi, bukan ke lagi bagus kalau saya bertindak dulu dan bunuh awak?"

Senyuman Leylin kelihatan seperti satu syaitan di mata Ourin ketika itu.

"Dia tidak bergurau, dia betul-betul akan buat!" Ourin nampak niat membunuh di mata Leylin. Tiba-tiba, dia terasa seperti sedang ditenung oleh seekor harimau. Kemarahan di dalam kepalanya hilang sepenuhnya dan diganti dengan ketakutan.

"Tuan Leylin! Tuan Leylin! Awak tak boleh buat macam ni! Saya… Saya ada perlindungan daripada keluarga Dorlan. Kalau awak bunuh saya, awak akan ada masalah besar!"

"Jadi mengaku yang awak salah!" Leylin berkata kepada Ourin.

"Saya mengaku saya salah! Saya minta maaf… maaf!" Ourin mengalah dengan ugutan itu.

"Bagus, saya terima permohonan maaf awak. Selain itu, berdasarkan ajaran bangsawan, saya ada hak untuk menerima pampasan!"

Leylin berkata sambil tersenyum menyebabkan Ourin berperasaan buruk.

"Sebagai pampasan, beri semua kristal ajaib yang awak ada kepada saya!" Leylin mengugut Ourin.

"Oh! Tak boleh! Awak tak boleh buat macam ni! Awak tahu tak berapa ramai keluarga saya yang telah terkorban untuk mendapat semua kristal ajaib ini?"

Ourin terus berusaha untuk membantah.

"Kadang kala, senang sahaja nak membuat pilihan di dunia ini. Sekarang ini giliran awak. Wahai Ourin, nyawa atau kristal-kristal ajaib, pilih satu!"

Leylin nampaknya tidak memberi sebarang reaksi kepada rayuan Ourin. Sebaliknya, dia memijak muka Ourin, sedikit demi sedikit memijak lebih kuat sambil mengugut.

Kasut but yang melekat di muka Ourin itu menyebabkan kepalanya semakin lama semakin dalam ke dalam tanah, menyebabkan dirinya lemas.

Selepas beberapa minit, Leylin melepaskan sedikit tekanan itu, "Jadi? Awak dah fikir masak-masak?"

"Puah!" Ourin menyedut udara dengan kuat. Mukanya penuh dengan lumpur dan tapak kaki, menyebabkan dia kelihatan lucu.

Namun, remaja-remaja di sekeliling mereka tidak berani untuk senyum.

Salah seorang remaja itu perlahan-lahan cuba berundur dan beredar dari situ.

Leylin mengutip satu batu kecil, [Anggaran angin selesai! Orbit lemparan dilaraskan!]

Whoosh! Batu kecil itu mengenai kaki remaja yang cuba melarikan diri itu, membuatkan dirinya tersungkur ke atas tanah.

"Ourin, nampak tak? Tak perlu tunggu bantuan… Lagi satu, jangan cuba cabar kesabaran saya!"

Leylin melihat remaja-remaja di sekeliling. Semua yang bertembung dengan pandangan Leylin itu terus menundukkan kepala dan badan mereka kelihatan menggigil.

"Okay! Saya akan bagi awak semua kristal ajaib itu! Tetapi saya tinggalkan semua kristal saya dalam kereta kuda! Ikut saya untuk ambil!" kata Ourin, berserah.

"Kristal-kristal ajaib itu sangat penting. Awak tak bawa bersama, tetapi tinggalkan dalam kereta kuda? Awak ingat saya bodoh?"

Penipuan tahap budak ini tak mungkin dapat menjerat Leylin.

"Nampaknya awak belum puas diseksa!" Mata Leylin kelihatan sangat bengis. Dia memegang tangan Ourin dan mematahnya.

Crack!! Kedengaran bunyi tulang patah diikuti jeritan Ourin yang kuat.

"Kalau awak masih degil, saya patahkan sebelah lagi!"

"Tidak! Tidak! Tidak! Awak tak boleh buat macam nie, mereka yang berjubah hitam tak akan lepaskan diri awak!" Ourin memegang erat tangan sambil berguling-guling di atas tanah.

"Haha… Kenapa mereka nak masuk campur masalah kita? Awak lupa awak pernah pukul saya sampai setengah mati sebelum ini, dan tak ada siapa pun yang kisah?"

Leylin tersenyum dingin sambil menggunakan semula ayat-ayat Ourin.

"Nampaknya awak betul-betul nak mati!" Leylin mulai bergerak ke hadapan bertindak.

"Tunggu! Tunggu! Baiklah! Saya bagi kristal-kristal ajaib ini, tetapi awak kena bersumpah awak tidak akan membalas dendam kepada saya lagi!" Ourin menjerit dengan muka yang pucat apabila melihat Leylin mendekati dirinya.

"Okay! Saya bersumpah dengan nama baik keluarga Farlier!" Leylin menjawab.

Muka Ourin bertambah pucat. Sambil bergelut untuk cuba duduk di atas tanah, dia mengeluarkan satu karung berwarna emas dari dadanya dan melemparnya kepada Leylin, "Semua kristal ajaib saya ada dalam ni!"

Leylin mengambil karung tersebut. Karung itu sebesar tapak tangan yang diperbuat daripada benang emas dan perak. Di tengah-tengah karung, terdapat gambar helang dan perisai yang dikelilingi oleh banyak tumbuhan. Ia kelihatan seperti simbol keluarga.

Leylin membuka karung itu dan kelihatan banyak kristal berwarna hitam di dalamnya.

[Beep! Menemui satu sumber tenaga yang tidak diketahui!] Cip A.I. memberi amaran.

'Jadi? Ini semua boleh guna ke tidak?' Leylin kelihatan teruja.

[Memeriksa pangkalan data… maklumat tidak mencukupi! Tiada kaedah penggunaan ditemui!"

[Amaran! Satu sumber tenaga mempunyai radiasi yang tidak diketahui. Cadangan: Tubuh badan Tuan Badan untuk menguatkan pertahanan!]

'Oh, macam ni?' Leylin berfikir dalam, kemudian pusing ke Ourin dan bertanya, "Akademi mana awak nak pergi ni?"

"Wet… Wetland Gardens!" Wajah Ourin kelihatan buruk.

"Wetland Gardens! Saya dengar yuran kemasukan ialah sepuluh kristal ajaib, betul?"

"Betul! Awak dengar dari mana?" Ourin terkejut.

Leylin tersenyum halus, kelihatan seperti seseorang yang penuh dengan misteri. Dia tidak pernah dengar tentang Wetland Gardens sebelum ini dan hanya menipu Ourin kerana hampir semua yuran sekolah selalunya berangka genap. Bukan satu masalah besar jika tidak dapat meneka dengan tepat.

"Okay! Saya akan pulangkan balik kepada awak!" Leylin mengambil tiga kristal ajaib dari karung itu dan melemparkan semula karung penuh dengan kristal-kristal ajaib itu kepada Ourin.

"Tiga kristal ajaib ini akan menjadi pampasan saya!" Walaupun dia boleh ambil kesemua kristal ajaib itu sekarang, Leylin masih tidak pasti dengan tindakan daripada individu-individu berjubah hitam dan putih itu terhadap isu ini. Dia juga tidak mahu melampaui batas. Oleh sebab itu, dia melepaskan Ourin pergi dengan jumlah kristal ajaib yang mencukupi untuk yuran kemasukan. Dengan cara ini walaupun ada pertikaian timbul, sekurang-kurangnya Leylin mempunyai alasan.

"Terima… Terima kasih!" Riak muka Ourin bertambah baik. Jika dia kehilangan semua kristal ajaib itu dan tidak dapat memasuki akademi, dia tidak tahu bagaimana mahu menghadapi keluarganya.

"Jangan risau! Saya tak akan ambil semua kristal ajaib awak!" Leylin mengangkat kepalanya dan melihat remaja bangsawan sekelilingnya, semuanya kelihatan sedang mengenggam tangan mereka. Melihat situasi ini, Leylin tidak dapat menahan diri daripada menggeleng kepala.

"Terima kasih, Tuan Leylin!" Mendengar jaminan yang diberi Leylin, remaja lain berasa lega dan terus menunduk hormat.

"Tapi! Saya nak minta satu lagi pampasan!" Leylin melihat remaja yang cuba melarikan diri tadi.

"Pedang Salib di pinggang awak nampak cantik!" Leylin melihat remaja yang ketakutan itu. Leylin kemudian menuding jarinya kepada Pedang Salib di pinggang remaja tersebut.

Kedengaran isyarat itu, remaja itu segera menjawab, "Tuan, awak boleh ambil!"

"Haha! Saya tak akan menahan diri kalau macam tu!" Leylin mengambil Pedang Salib daripada remaja itu. Selepas mengagak berat pedang itu, dia mengangguk puas hati.

Sebagai salah satu pedang bangsawan, kualiti pedang ini ternyata sangat bagus.

Hulu pedang itu dihiasi dengan corak-corak bunga yang cantik untuk mencegah daripada pedang itu tergelincir daripada tangannya. Sarungnya diperbuat daripada kulit ikan jerung, memberi imej yang mewah.

下一章