Huo Mian tersenyum malu. "Saya tak cukup bertuah. Kami tak ada gen kembar. Kebarangkaliannya sangat tipis."
Huo Mian pernah bekerja di Jabatan OB/GYN. Jadi dia berpengetahuan luas dalam bidang itu. Huo Mian sangat rasional dan tidak akan menanam impian untuk perkara yang mustahil.
Dia pergi dengan berat hati setelah melihat bayi-bayi tersebut untuk seketika.
Dia memilih untuk menggunakan tangga setelah melihat ramai orang yang sedang menunggu di pintu lif.
Tangga dari tingkat dua ke tingkat tiga agak lebar dan pekerja perubatan menggunakan tangga kerana menggunakan lif agak susah.
Maka, Huo Mian tidak memberi perhatian kepada mereka yang menggunakan tangga…
Seorang wanita dengan kot makmal putih menundukkan kepada dan berjalan melepasinya…
"Ketua Huo."
"Mhm." Huo Mian mengangguk.
Dia sudah terbiasa dengan sapaan begini kerana dia tidak begitu mengenali doktor di hospital kerana bilangan mereka yang begitu ramai.
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者