"Saya boleh… uruskan Huo Siqian, tapi… saya tak akan buat untuk kamu sebab harga untuk buat begitu sangat tinggi dan kamu tak akan dapat bayar kerugian yang saya perlu tanggung kalau saya uruskan dia kalau kamu lap kasut saya atau tuangkan teh untuk saya sekalipun. Saya sentiasa fikir baik dan buruk sebelum buat apa-apa. Kalau kita ketepikan dendam lama kita, dengan hubungan kita yang sekarang, saya tak boleh tolong kamu kalau kamu bagi semua saham kamu dekat Syarikat Huo sekalipun…"
Kemudian, Huo Mian berpaling untuk berlalu pergi, meninggalkan Huo Yanyan berdiri di situ dengan kecewa…
Sebelum ini, emaknya sering kali mengatakan dia tidak sebijak Huo Mian. Dahulu, dia tidak mempercayai kata-kata emaknya, namun sekarang dia mula percaya.
Huo Mian sentiasa berfikir sebelum bertindak. Oleh itu, dia mempunyai semua kebijaksanaan dan sumber dalam dunia ini untuk berhadapan dengan Huo Siqian kerana dia juga mempunyai bantuan daripada Qin Chu.
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者