webnovel

Berusaha Sedaya Upaya untuk Mencemarkan Reputasi Kamu (5)

編輯: EndlessFantasy Translation

"Kamu jemput Mian?" tanya Huo Zhenghai dengan nada terkejut.

"Ya, Mak balik hari ni dan keluarga kita jarang berkumpul."

Tidak lama selepas itu, semua orang duduk di meja. Huo Siyi menundukkan kepala dan langsung tidak bersuara. Sejak beberapa hari lepas, dia hanya berkurung di dalam rumah, terlalu takut untuk keluar.

Sejak dia meletakkan jawatan, Huo Zhenghai telah memotong elaunnya. Dia tidak dibenarkan keluar dan sepatutnya muhasabah diri tentang tindakannya.

Mian Mian ada menghantar mesej WeChat kepadanya dan tanpa kebebasan penuh, dia perlu membalas secara curi-curi.

"Presiden Qin, ni kali pertama kamu datang rumah kami, kan?" Huo Yanyan kedengaran bersemangat dan memulakan perbualan dengan Qin Chu.

"Ya," jawab Qin Chu dingin.

"Kamu nampak lebih tampan depan depan! Saya dengar perniagaan Filem dan Televisyen GK berjalan lancar," sambung Huo Yanyan.

鎖定章節

在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者

下一章