webnovel

Sila Panggil Saya ‘Puan Qin’ (5)

編輯: EndlessFantasy Translation

"Apa? Kalau kamu Puan Qin. Siapa saya?"

"Kamu juga Puan Qin. Cuma kamu… yang tua."

Huo Mian sengaja menekan perkataan 'tua'. Puan Qin sangat marah sehingga mukanya bertukar menjadi hijau…

"Kamu perempuan bodoh, semua yang keluar daripada mulut kamu hanyalah kata-kata kosong daripada golongan bawahan."

Huo Mian membidas dengan dingin, "Orang cerdik tak akan kata orang lain bodoh. Jelas sekali siapa yang bodoh antara kita berdua…"

"Apa maksud kamu?"

"Faham-faham sajalah."

"Tengoklah saya koyak mulut kamu…" Puan Qin menderam ganas. Kemudian dia menerkam Huo Mian tetapi Huo Mian menepisnya. Pengawal peribadi yang berada di belakang Puan Qin bersedia untuk bertindak.

"Kamu jangan berani sentuh saya. Saya isteri Qin Chu," kata Huo Mian dengan air muka dingin.

Sudah tentu pengawal peribadi Puan Qin mengenali Qin Chu. Dia tidak mahu terlibat dalam konflik keluarga…

"Jangan takut dengan dia, pukul dia," arah Puan Qin.

鎖定章節

在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者

下一章