webnovel

Bulan Madu Kecil (8)

編輯: EndlessFantasy Translation

"Kamu berdua! Sampai hati kamu buat kejutan untuk saya dengan Qin Chu! Kamu masih nak hidup? Hah? Bawa mereka keluar dan pancung mereka!" gurau Huo Mian.

Zhu Lingling dan Gao Ran berdiri…

Zhu Lingling kelihatan seksi memakai gaun malam berwarna merah tua dengan membiarkan sebelah bahunya terdedah. Gao Ran pula memakai sut berwarna biru tua yang membuatkan dia nampak segak dan mewah. Pertemuan formal ini mengatasi pertemuan biasa mereka.

"Maafkan saya, Permaisuri Huo. Suami kamu yang halang saya daripada beritahu kamu kerana dia nak beri kamu kejutan."

"Saya memang terkejut. Jadi, kamu dah berbaik semula?"

Gao Ran terdiam…

Zhu Lingling berkata, "Ah..."

Huo Mian berkata kepada Zhu Lingling, "Kamu dah tak marahkan dia? Jadi, kamu dah heret dia keluar daripada senarai hitam kamu?"

"Melihat betapa pemurahnya Encik Qin, belanja kami makanan percuma dan suite presiden, saya akan heret dia keluar."

鎖定章節

在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者

下一章