Huo Mian mengambil masa sekitar 30 minit untuk sampai ke rumah Wu Xiaoxue. Wu Xiaoxue tinggal di kawasan perumahan mewah dan keluarganya yang membayar pangsapuri serta hiasan dalaman rumah itu.
Selepas Huo Mian mengetuk pintu, Wu Xiaoxue mengambil masa yang agak lama untuk membukanya. Jantung Huo Mian terhenti apabila melihat wajah Wu Xiaoxue pucat seperti hantu dan baju tidurnya berwarna putih mempunyai tompok darah yang jelas kelihatan.
"Apa yang berlaku?" Huo Mian memegang Wu Xiaoxue yang lemah.
"Perut saya tak selesa dan seluruh tubuh saya kebas. Boleh kamu bawa saya ke Bahagian Selatan?"
"Bahagian Selatan? Apa kata kita ke Hospital Pertama? Peralatan perubatan di sana lebih bagus," ujar Huo Mian dalam keadaan terkejut.
Wu Xiaoxue menggelengkan kepala. "Saya tak nak rakan sekerja saya tahu apa yang sedang berlaku. Tolonglah, Huo Mian."
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者