webnovel

Tamparan Muka

編輯: EndlessFantasy Translation

"Ah, citarasa kamu makin teruk sekarang. Adik saya tak cantik pun. Wajahnya biasa sahaja."

"Terlampau ramai perempuan cantik di keliling saya, mereka membosankan. Sekarang, wajah biasa lebih menepati citarasa saya," Su Yu menempelak.

"Baiklah kalau begitu. Memandangkan kamu dah tertarik dengan dia, teruskanlah. Menarik juga kalau kamu jadi adik ipar saya." Huo Siqian tertawa.

Selepas mematikan talian, Su Yu bermain dengan telefon bimbitnya sambil otaknya ligat berfikir. Berdasarkan apa yang dia tahu, kuasa di belakang Huo Mian merupakan sesuatu yang tak boleh terlepas pandang tapi adakah itu Huo Siqian?

Pada mata kasar, Huo Mian dan Huo Siqian seperti tidak rapat. Namun, Su Yu merasakan hubungan adik beradik mereka agak pelik. Mungkinkah kerana perang dingin dalam Keluarga Huo menyebabkan Huo Siqian selalu membantu Huo Mian?

Selepas mematikan talian, Su Yu terus menghantar pesanan ringkas kepada Huo Siqian selepas teringat sesuatu.

鎖定章節

在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者

下一章