webnovel

Ciuman Itu

編輯: EndlessFantasy Translation

Huo Mian terkaku seketika. Kemudian, memori mula menerobos masuk ke fikirannya. Dia ingat, kerana dia berjaya lompat kelas, dia tidak memulakan gred 10 sehinggalah dua minggu selepas semester baru.

Gred Huo Mian semasa peperiksaan kemasukan sekolah menengah merupakan salah satu gred tertinggi di bandar itu. Oleh itu, pelbagai sekolah tinggi yang berprestij menawarkan kemasukan kepadanya.

Akhirnya, dia memilih Sekolah Tinggi Kedua kerana ia berhampiran dengan rumahnya dan kualiti pendidikan yang bagus.

Ketika itu, apabila dia tiba di sekolah tersebut, pihak sekolah telah menyediakan sepanduk dan pengetua sekolah sendiri datang mengalu-alukannya. Sekolah itu memberikan dia biasiswa penuh selama tiga tahun.

Malah, mereka turut membayar penginapan dan makanannya. Huo Mian menjadi tajuk utama akhbar tempatan mereka.

Ketika itu, emak Huo Mian dan Pak Cik Jing sangat bangga dengannya.

鎖定章節

在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者

下一章