"Kamu tak boleh berhenti. Pengarah akan membuat keputusannya sendiri berkenaan hal ini. Saya telefon kamu untuk minta kamu bertenang dan jangan terlalu bimbang."
"Terima kasih, Ketua Jururawat."
"Oh ya, ada tak sepupu saya telefon kamu? Dia tergesa-gesa minta nombor telefon kamu dengan saya malam semalam. Saya sudah beritahu dia yang kamu sudah pun ada teman lelaki, tetapi nampaknya dia tidak peduli."
"Em… ya, dia ada telefon." Huo Mian mengaku.
"Kalau begitu, layan sahaja dia sebagai kawan biasa. Jarang benar budak itu suka orang lain. Dia selalu berlagak bongkak dan bangga diri sebelum ini." Ketua Jururawat mengeluh.
"Okey."
Mood Huo Mian menjadi semakin kacau bilau selepas meletakkan telefon.
Ia sudah dijangkakan yang rundingan antara pengarah dan keluarga pesakit itu akan berakhir dengan teruk.
Matlamat keluarga itu sudah sangat jelas memandangkan mereka terus meminta nilai mencecah juta.
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者