Tiga Orang Kanan Pertumbuhan Roh Bandar Dongluo berdiri mengomel sambil menggertak gigi. Beratus orang Pertapa di luar kabus masih belum beredar dan dapat melihat dengan jelas perkara yang sedang berlaku. Riak wajah kebingungan terserlah pada wajah mereka. Tanpa sebarang rundingan, mereka memikirkan perkara yang sama iaitu Meng Hao merupakan seorang yang sangat digeruni.
Selepas seketika, Orang Kanan Pertapa Pertumbuhan Roh berdengus dan berkata, "Bebaskan seluruh ahli Puak dan engkau ambillah bandar ini, boleh?"
Berdozen Meng Hao semuanya tersenyum. Tiada yang bercakap atau bergerak, mereka hanya memandang tiga Orang Kanan itu.
Tiada sekelumit rasa hormat pada Pertapa Pertumbuhan Roh kelihatan pada renungan mereka. Meng Hao tidak perlu menghormati mereka. Ketika pertarungan di luar Gua Kelahiran Semula, dia telah bertarung dengan lebih daripada sepuluh orang pakar Pertumbuhan Roh. Dia dapati tiada apa-apa yang menakjubkan dengan mereka.
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者