webnovel

Satu Lagi Ujian

編輯: EndlessFantasy Translation

"Masuk." Ye Wan Wan mengembalikan samaran dinginnya.

Bintang Tujuh masuk bersama dengan Bintang Biduk di belakangnya.

"Kak Feng, bila awak nak habis tengok semua fail ni?" tanya Bintang Biduk apabila dia berada di hadapan Ye Wan Wan.

"Kenapa?" Ye Wan Wan tampak tidak sabar.

"Kak Feng, sejak bila awak rajin ni? Cuba bertenang sikit. Awak mesti dapat banyak muslihat baru lepas lama hilang! Apa kata awak tunjuk satu muslihat dekat kami," kata Bintang Biduk dengan teruja sambil menggosok tangannya.

Ye Wan Wan mengerutkan keningnya. 'Tunjuk satu? Tunjuk apa? Tunjuk satu perubahan ke?'

"Heh, silap mata Kak Feng di tahap sama dengan ahli silap mata hebat yang datang ke Negara Bebas dari dunia luar untuk cari duit." Bintang Tujuh menurut serta dalam perbualan itu sambil ketawa kecil.

Hati Ye Wan Wan berdetup.

'Oh, silap mata..

'Kenapa mereka tiba-tiba suruh aku buat silap mata ni?'

鎖定章節

在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者

下一章