webnovel

Keluarga Bertiga Sempurna

編輯: EndlessFantasy Translation

Suara hangat gadis itu berbisik "sayang" di telinganya membuatkan Si Ye Han terpaku.

Di saat seterusnya, dia menarik gadis itu dan menciumnya dengan lebih lama…

Ye Wan Wan yang licik itu ketawa kecil. "Sekarang kita dah ada anak, jadi nama timangan awak pun kena berubah. Awak gembira tak dengan nama timangan baru ni?"

Jawapan balas Si Ye Han ialah dengan menggigit bibir gadis itu untuk menjawab soalannya.

Ye Wan Wan tiba-tiba terfikir sesuatu dan terus bangun dengan teruja. "Ah, betul juga. Baju ni ada tiga set. Ada Tang Tang punya, saya dan awak sekali! Kita boleh nampak macam keluarga bertiga kalau pakai baju ni sama-sama!"

'Keluarga bertiga…'

Si Ye Han. "..."

Ye Wan Wan agak profesional.

Gadis itu jelas sekali tidak suka kepada apa-apa sahaja yang menyusahkan dirinya dan dia juga tidak suka berinteraksi dengan kanak-kanak. Si Ye Han tidak pernah membayangkan gadis itu boleh menguruskan budak dengan sebaik ini.

鎖定章節

在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者

下一章