Perasaan mengejut di mana Ye Wan Wan tidak mahu Si Ye Yan ternampak Tang Tang nampaknya terbit tanpa dia sedari. Dia sendiri tidak faham mengapa dia berasa seperti itu.
Adakah disebabkan Tang Tang begitu menyerupai dirinya dan dia takut Si Ye Han mungkin akan salah faham?
Ye Wan Wan terus berfikir berulang-ulang kali, tetapi dia tidak boleh memikirkan alasan sebenar.
Selepas menamatkan panggilan, Ye Wan Wan ke bilik tetamu untuk menjenguk Tang Tang. Dia khuatir anak kecil itu tidak dapat tidur lena kerana persekitaran asinf.
Ye Wan Wan membuka pintu dengan lembut dan tergamam.
Tiada siapa di atas katil!
Ye Wan Wan serta-merta berasa bimbang. "Tang Tang?"
Dia mencari di sekitar rumah itu dan tidak menjumpai budak itu. Akhirnya, dia ternampak kelibat kecil di beranda.
Dia boleh lihat anak kecil itu masih mengenakan baju tidur comelnya. Namun, dia berdiri seorang diri di situ.
Hati Ye Wan Wan dengan peliknya berasa sayu.
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者