webnovel

Saya Takut

編輯: EndlessFantasy Translation

Ye Wan Wan turun ke tingkat bawah selepas mandi. Dia kemudian ternampak si Lolita kecil sedang menangis teresak-esak di atas sofa.

"Jiao Jiao, kenapa ni?"

Lolita kecil tersedu-sedan. "Tuan, drama bersiri ni. Watak perempuan utama ada penyakit kronik dan watak lelaki utama mati dengan dia atas nama cinta. Sedihnya! Tuan, pelakon lelaki ni berjaya berlakon dengan baik, saya terharu…"

Ye Wan Wan mengintai skrin telefon bimbit si Lolita kecil dan kehilangan kata-kata.

Pelakon lelaki utama itu adalah Gong Xu…

Ia antara drama bersiri yang sangat keterlaluan pernah Gong Xu berlakon semasa tahun permulaannya. Lakonan lelaki itu sangat canggung, tetapi budak kecil ini telah menontonnya sehingga menangis.

*Kof* "Teruskan tengok kalau macam tu…"

Ye Wan Wan mahu naik semula ke tingkat atas apabila lelaki gemuk berjalan menghampirinya dengan hormat. "Tuan, Tuan, hidangan untuk malam ni ialah udang karang pedas! Tunggu sekejap ya! Sekejap lagi siap!"

鎖定章節

在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者

下一章