"Saya yang akan bertanggungjawab."
Suasana sunyi memenuhi segenap ruang sebaik sahaja Si Ye Han berkata begitu. Namun, tentangan yang hebat mula kedengaran selepas beberapa saat.
'Maksud Si Ye Han… dia setuju dengan perempuan ni dan tak mahu jalankan pembedahan?'
Wajah semua orang tua ketika itu berubah dengan begitu drastik dan mereka semua mula runsing…
"Tuan.. ini… tak boleh! Tuan tak boleh buat macam ni!"
"Tuan terlalu terburu-buru! Macam mana Tuan tak percaya kepada Doktor Sun tapi percaya kepada perempuan ni?"
"Kebangkitan dan kejatuhan seluruh keluarga Si bergantung sepenuhnya kepada kesihatan Tuan. Macam mana Tuan boleh bertindak melulu macam ni?"
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者