webnovel

Menghentikan Pembunuhan

編輯: EndlessFantasy Translation

Si Ming Li mencemuh dan bertanya lagi, "Baik, kita anggap saja penjelasan ini betul! Awak ada beritahu yang pengintip ini cari awak seminggu sebelum perjalanan ini dan Geng Darah Membunuh mahu membunuh tuan besar. Memandangkan ini satu isu besar, kenapa awak tak lapor dengan cepat dan sekarang baru beritahu?"

Ye Wan Wan mengeluh dan kelihatan kecewa. "Datuk saudara keempat, budak tiga tahun pun tahu untuk tidak mudah percaya kata-kata orang yang tidak dikenali. Kasihan kalau awak tak tahu perkara mudah seperti ini."

Tanpa menunggu Si Ming Li menjawab, Ye Wan Wan terus menyambung, "Apabila lelaki itu muncul selepas memberitahu semua perkara itu, saya tak pernah jumpa dia lagi. Macam mana saya nak pastikan sama ada dia kawan atau lawan? Macam mana saya nak pastikan yang dia bukan sengaja mahu ganggu rundingan ini atau hanya mahu menggunakan saya untuk menghentikan Si Ye Han?

鎖定章節

在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者

下一章