Selepas mendengar laporan daripada Xu Yi dan Sebelas, semua orang tua daripada Syarikat Si bertukar suram.
Berapa orang yang menginginkan kedudukan sebagai puan besar dalam keluarga Si?
Pada mulanya, apabila Si Ye Han tidak mempunyai perempuan di sisinya, semua orang hidup dalam keadaan harmoni. Siapa tahu, Si Ye Han tiba-tiba bawa masuk orang asing ke dalam kediaman lama untuk berjumpa dengan puan tua, memecahkan keharmian yang telah lama dibina.
Oleh sebab mereka terancam dengan kuasa Si Ye Han, semua orang berdiam diri tetapi tidak bermakna mereka tidak mempunyai berpendapat. Perasaan tidak puas hati ini hanya akan membesar daripada masa ke semasa.
Seorang orang tua duduk di atas sofa dengan teko ungu di tangan berkata dengan malas, "Gadis ini jelas sekali orang luar. Dia memang tak perlu diheret masuk ke dalam pertikaian keluarga Si. Tindakan pembantu khas Xu Yi memang betul. Saya setuju dengan apa yang dia kata."
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者