"Adakah kamu benar-benar fikir yang kamu Tuan Muda keluarga He Lan? Sejujurnya, Ayah tak pernah menganggap kamu sebagai anak lelaki dia selama ini, kamu hanyalah seekor anjing yang dia telah besarkan atas dasar belas kasihan! Dan sekarang, dia mahu kamu mati, jadi kamu tak ada hak untuk hidup! Ini akibat yang kamu dapat kerana mengkhianati kami!"
He Bin terbeliak kerana terkejut. "Apa yang kamu katakan? Ayah yang..."
"Betul, Ayah yang suruh bunuh kamu kerana pengkhianatan kamu, tapi jangan risau kerana saya pasti akan membiarkan kamu hidup untuk membenarkan kamu rasa apa erti penyeksaan..." He Lan Qi ketawa dengan gembira dan kejam tetapi wajah He Bin pula berubah pucat, dunianya telah musnah. Dia benar-benar tidak menjangka ayahnya yang dia begitu percayai dan percaya dia tidak ada kaitannya dengan kematian ibunya akan memperlakukannya sebegitu.
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者