webnovel

Kamu Memang Tak Layak Dicabar

編輯: EndlessFantasy Translation

Dia melihat pada Saohuang walaupun kata-katanya ditujukan kepada Yan Lu dan Sun Yu. Saohuang ketawa dengan ganas. "Mejar Xi, terima kasih kerana membantu untuk memberikan pengajaran kepada orang bawahan saya."

"Sama-sama," Munan mengangguk. "Tapi memandangkan Cik Xia berat hati hendak menerima cabaran kamu, tolong beredar. Saya tak mahu kamu memaksa Cik Xia mengubah keputusannya."

Mana mungkin Saohuang beredar sebelum tercapai matlamatnya?

Sun Yu terus menjadi batu api, "Kalau Cik Xia tak keluar, ini bermaksud dia menyerah kalah! Memang dia orang awam, tapi sekarang dia anggota platun kamu. Jadi, ini bermaksud platun kamu menyerah kalah juga!"

Pandangan Munan berubah dingin. Dia ini sengaja hendak memfitnah mereka. Mana mungkin seorang askar sepertinya menerima penghinaan ini begitu sahaja?

鎖定章節

在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者

下一章