webnovel

Terlampau Memalukan

編輯: EndlessFantasy Translation

Mubai tersenyum, dia juga suka akan ketenangan Xinghe. Tidak kira apapun yang dia hadapi, dia tetap akan mengekalkan aura yang tenang dan sifat yakin diri. Setiap kali dia berbual dengannya, dia berasakan beban yang dipikul seolah-olah diangkat.

"Sudah lama kamu tidak keluar, kamu tak nak ke saya temankan kamu bersiar-siar?" Dia bertanya dengan baik.

Sejak Xinghe menjadi Xia Meng, dia hanya mengurungkan diri di dalam vila. Walau bagaimanapun, bukan Xinghe tidak mahu keluar, tetapi dia tidak memerlukannya. Dia lebih suka kesunyian bersendiri.

"Tidak, terima kasih… " Xinghe baru saja menjawab sewaktu mereka mendengar kekecohan kuat yang datang dari luar.

Ia suara wanita yang tajam dan akibat dari suara orang itu yang terlalu kuat jadi mereka dapat mendengarnya dari jauh.

Senyuman Mubai membeku dan dia merungut marah, "Wanita-wanita itu sudah kembali!"

鎖定章節

在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者

下一章