webnovel

Wanita Sebenar Keluarga Itu

編輯: EndlessFantasy Translation

"Lin Lin, di mana kamu tadi?" Puan Tua Xi orang yang pertama selepas Tianxin untuk pulih daripada kejutan tersebut. Dia bertanya soalan tersebut untuk menyelamatkan keadaan yang janggal tadi.

Masih memegang tangan kedua-dua ibu bapanya, Lin Lin mengangkat kepala lalu menjawab dengan ikhlas, "Nek, saya nampak Mak di luar."

Hati Xinghe bergetar apabila dia terdengar perkataan 'Mak'.

Lin Lin tahu dia emaknya…

Dia dapat mengecamnya hanya dengan sekali pandang.

Xinghe berasa sukar untuk menggambarkan rasa pahit manis yang ada dalam hatinya.

Xinghe hanyut dalam dunianya sendiri apabila dia bersungguh-sungguh mengamati muka comel anaknya dan menghafal setiap perincian mukanya, menebus masa-masa yang sudah berlalu.

Dia tidak sedar Mubai sedang merenungnya dengan begitu tegang. Mata Mubai mencerminkan satu komplikasi yang tidak terbaca.

Dia tidak sangka bekas isterinya akan tiba dengan menawan. Dia tahu Xinghe cantik tetapi hanya cantik bagaikan patung, seperti satu sarung yang cantik.

Tetapi pada malam itu, kejelitaannya dihidupkan. Jika kecantikannya dahulu pasif, seperti kejelitaan patung di pameran, kejelitaannya pada malam itu aktif. Di mana ia akan menarik perhatian kamu dan tidak akan membiarkan ia pergi.

Ia bagaikan satu pesona pada Xinghe yang Mubai tidak pernah perasan sebelum ini, bagaikan satu perasaan yang menhimpit hatinya. Bagai menikmati satu lukisan misteri, perhatian Mubai ditarik lebih dalam.

Malah, Mubai sendiri tidak menyedari yang matanya telah digam pada Xinghe sebaik sahaja dia ternampak wanita itu.

Kembali kepada isu tadi, jawapan Lin Lin agak lemah.

Semua orang menyangkakan dia terserempak dengan emaknya di luar hotel. Jadi, dia tidak perasan akan masa berlalu.

Secara umumnya, semua orang mengetahui setelah perceraian mereka, Xinghe tidak berada dalam kehidupan Lin Lin.

Jadi memang munasabah untuk seorang budak berusia 4 tahun untuk tidak sedar akan masa yang berlalu apabila emak yang tidak pernah dilihat dalam hidupnya, kini muncul di hadapan matanya.

Malah, Puan Tua Xi boleh berempati dengan Lin Lin.

Lin Lin masih seorang kanak-kanak dan ini kali pertama dia berjumpa dengan emaknya setelah sekian lama. Walaupun dia tidak sama sekali menyukai Xinghe, hakikatnya, dia memang emak Lin Lin.

Selepas mendengar penjelasan Lin Lin, Puan Tua Xi membuat keputusan untuk membiarkannya sahaja. Bibir masamnya bertukar menjadi senyuman, "Sekarang Lin Lin sudah balik, mari mulakan sambutan. Lin Lin mari berdiri di tepi nenek, kita akan meniup lilin bersama sama."

Lin Lin mengangkat kepala dan menarik tangan Mubai lalu bertanya, "Ayah, boleh Mak menyertai kita? Saya mahu kita bertiga bersama."

Siapa yang boleh menafikan hajat kanak-kanak yang menyambut ulang tahunnya untuk meraikan hari lahir dengan emaknya?

Walaupun bukan semua orang setuju dengan aturan tersebut, permintaan ini tidak dapat ditolak.

Sebenarnya, Mubai sendiri ingin Xinghe menjadi sebahagian daripada sambutan hari jadi Lin Lin.

"Sudah tentu," dia berbisik sebelum berpusing kepada pekerja hotel dan memberikan arahan, "Kita boleh bermula sekarang."

"Faham, Encik Xi."

Seiring dengan lagu 'Selamat Hari Jadi', satu kek bersaiz sebesar meja makan ditolak masuk ke dalam bilik.

Di atas kek itu terdapat empat batang lilin yang terang. Xinghe merenung liuk lentuk api lilin tersebut dan fikirannya hanyut seketika.

Inilah hari jadi pertama yang disambut bersama anak lelakinya…

Sewaktu dia bercerai, Lin Lin masih belum berumur setahun. Hatinya sakit dengan rindu setiap tahun apabila hari jadinya tiba. Sudah tentu dia tidak tahu selama tiga tahun yang lepas, walaupun dikelilingi dengan kemahsyuran dan sambutan hari jadi yang besar, Lin Lin masih merindui emaknya.

Setiap tahun, hajat hari jadi Lin Lin ialah untuk melihat ibunya tetapi hajatnya tidak tercapai. Sehinggalah hari jadinya yang ke-empat.

Masa berlalu dengan cepat dan Xinghe berharap dia dapat mengembalikan tiga tahun yang terdahulu. Walau bagaimanapun, dia tetap bersyukur, sekurang-kurangnya dia menerima jemputan Mubai tahun ini.

Xinghe berada dalam dunianya sendiri berfikir tentang anaknya sehinggakan dia tidak perasan akan benda lain. Contohnya, dia tidak perasan yang Lin Lin masih memegang tangannya dan tangan Mubai.

Dia juga tidak perasan yang ketiga-tiga mereka bersama telah mencipta satu imej keluarga yang bahagia.

Ia kelihatan bagaikan dia dan Mubai tidak pernah berpisah.

Tidak perlu dikatakan lagi, dia langsung tidak memberi perhatian kepada pandangan iri hati Tianxin. Ini kerana Xinghe telah merampas tempatnya sebagai wanita sebenar dalam keluarga tersebut.

下一章